Minyak Kelapa Sangat Sesuai Untuk Menggoreng

By Huwaida - Februari 28, 2018

Kita perlu belajar memilih minyak yang tepat untuk memasak terutamanya apabila menggoreng. Minyak yang dipilih perlulah berkhasiat atau bernutrisi tinggi, dan stabil. Menggoreng makanan akan mendedahkan minyak kepada haba yang tinggi. Contoh biasa suhu untuk menggoreng adalah:

  • Menggoreng dalam pan (goreng tohor) : 120 °C
  • Menggoreng minyak banyak : 160 - 180 °C
Minyak yang mengoksida terlalu mudah pada haba yang tinggi akan melepaskan radikal bebas yang berbahaya. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan oksidatif dalam badan yang boleh menyumbang kepada beberapa penyakit yang berbeza termasuk dementia, kanser, dan penyakit kardiovaskular.

Bagaimanakah kita mengetahui minyak masak jenis mana yang akan menahan proses pengoksidaan dan ransidifikasi (penghasilan bau tengik) pada tahap haba yang tinggi?

Kata kunci bagi jawapannya adalah tahap relatif asid lemak tepu yang terkandung di dalam minyak. Ini bergantung kepada jenis ikatan antara molekul asid lemak.

  • Lemak tepu mempunyai ikatan tunggal (C - C).
  • Lemak monotaktepu mempunyai hanya satu ikatan tak tepu atau ikatan kembar (double bonds, C = C).
  • Lemak politaktepu mempunyai dua atau lebih ikatan karbon yang kembar.
Lemak tak tepu sebaiknya dielakkan dalam memasak kerana ikatan mereka lebih reaktif kerana mudah terurai. Ini bererti apabila ia dipanaskan ke suhu yang tinggi, minyak akan mengoksida atau lebih mudah tengik.

Adalah lebih selamat dengan lemak tepu dan monotaktepu (monounsaturated fat) yang hanya mempunyai ikatan karbon tunggal atau hanya satu ikatan karbon kembar antara molekul asid lemak.

Apabila mencari kestabilan minyak dalam haba yang tinggi, kita boleh menilainya melalui titik asap (smoke point) minyak tersebut. Sebelum minyak mencapai takat didih, ia akan mengeluarkan asap akibat pemecahan lemak selain pengeluaran bau dan rasa. Jadi, titik asap ialah suhu di mana minyak pecah dan mula berasap; anda akan melihat asap kebiruan.
Untuk memasak dengan selamat, kita perlu mengelak dari menggoreng dalam minyak yang mengandungi jumlah lemak tak tepu yang tinggi. Cari minyak yang mempunyai titik asap yang tinggi untuk kestabilan.
Minyak mana yang harus kita hindari apabila menggoreng makanan? Antara jenis minyak yang perlu kita jelas adalah berbahaya untuk tujuan menggoreng adalah:

  • Minyak yang tinggi lemak tak tepu, seperti yang dibincangkan di atas
  • Minyak yang  mengandungi asid lemak omega-6 yang tinggi
  • Minyak yang mengandungi asid lemak omega-3 yang rendah
  • Minyak yang tinggi kandungan lemak trans yang toksik
Berikut adalah contoh minyak untuk dielakkan apabila menggoreng:

  • Minyak bijan
  • Minyak rice bran
  • Minyak biji anggur
  • Minyak safflower
  • Minyak bunga matahari
  • Minyak biji kapas
  • Minyak jagung
  • Minyak canola
  • Minyak kacang soya
Kebiasaannya, diet seharian kita mengandungi asid lemak omega-6 yang tinggi dan asid lemak omega-3 yang terlalu rendah (1)Asid lemak omega-6 dikaitkan dengan penyakit dan kesihatan yang tidak baik (2,3). Sebahagian daripada minyak ini juga diketahui mengandungi sebatian toksik.

Contohnya, polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) diperkenalkan ke dalam minyak biji anggur melalui proses pengeringan yang terlibat dalam pembuatannya (4). PAH dikenali sebagai karsinogen.

Mengenai lemak trans pula, terdapat kajian (5) mendapati minyak kacang soya dan kanola yang lazimnya dijual di US mengandungi antara 0.56 hingga 4.2% lemak trans. Lemak trans tidak baik untuk kita. Sebenarnya, peningkatan lebih kurang 2% dalam pengambilan lemak trans mungkin membawa peningkatan sebanyak 23% dalam risiko penyakit kardiovaskular (6).


Minyak Kelapa Sangat Sesuai Untuk Menggoreng
Hal ini kerana minyak kelapa sangat stabil; minyak kelapa yang diproses mempunyai titik asap 204 °C (7). Malah, walaupun selepas menggoreng dalam suhu 185 °C selama 8 jam tanpa henti, kualiti minyak kelapa tidak rosak (8). Lemak tepu adalah yang terbaik untuk menghalang pengoksidaan.

Kandungan asid lemak minyak kelapa lebih daripada 90% tepu. Ini adalah peyumbang kepada kestabilannya yang tinggi. Anda mungkin pernah mendengar bahawa lemak tepu tidak baik untuk kesihatan anda, tetapi penyelidikan baru-baru ini sebenarnya menunjukkan bahawa mereka cukup jinak (9,10).

Di samping itu, minyak kelapa sebenarnya boleh memberi beberapa manfaat kesihatan:

1) Membakar kalori dengan lebih cepat, dan meningkatkan metabolisme badan

Ini disebabkan oleh medium-chain triglycerides (MCTs) yang terkandung dalam minyak kelapa (11,12,13,14). Apabila metabolisme badan lebih tinggi, kita dapat mengurangkan berat badan, jadi ini menjadikan minyak kelapa menjadi pilihan yang sangat baik jika kita berdiet.

2) Lawan gingivitis dan plak

Oil pulling (lalukan minyak dalam mulut) yang menggunakan minyak kelapa dapat mengurangkan keradangan gusi, kerosakan gigi, dan masalah kesihatan mulut lain (15). Jelas sekali ini tidak akan menjadi kesan yang sangat ketara jika kita hanya makan makanan bergoreng dalam minyak kelapa, tetapi germ-killing effects minyak kelapa masih berfaedah.


3) Meningkatkan kolesterol HDL
Tahap kolesterol HDL yang tinggi membantu kita melawan penyakit kardiovaskular (16)Minyak kelapa dikenali untuk meningkatkan HDL kolesterol (17).

4) Mengurangkan lilitan pinggang

Apabila kita ingin kurus, beberapa lemak yang paling sukar dibakar adalah lemak visceral di bahagian perut. Lemak ini amat buruk untuk kita dan boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan type-2 diabetes (18,19,20)Menambah dua sudu minyak kelapa pada diet seharian secara berkala cukup untuk mengurangkan lemak perut dan melindungi kesihatan kita (21,22).


5) Rawat kecacatan otak
Minyak kelapa boleh membantu merawat epilepsi (23) serta penyakit Alzheimer (24)Ini menjadikannya cara yang selamat dan semulajadi untuk melindungi kesihatan otak.

6) Meningkatkan rasa kenyang

Minyak kelapa dapat meningkatkan rasa kenyang dan menurunkan nafsu makan. Ini boleh membantu kita dalam diet (25).


7) Melawan keradangan pada keseluruhan tubuh 
Keradangan adalah faktor utama penyebab dan perkembangan penyakit. Ciri-ciri anti-radang minyak kelapa berfungsi di dalam dan di luar badan (26,27).


Minyak kelapa yang paling berkhasiat ialah yang belum ditapis (unrefined). Jenis ini mempunyai sedikit bau dan rasa kelapa, jadi jika ada yang tidak menyukai rasa dan bau, kita akan membeli yang sudah ditapis (refined). Maka, beberapa khasiat tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Komposisi lemak minyak kelapa (28):
  • Lemak tepu: 91.9%
  • Lemak monotaktepu: 6.2%
  • Lemak politaktepu: 1.9%

(Artikel diterjemah dan disunting dari http://www.authoritydiet.com)

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan