1 Hari 1 Malam di Kota Bharu

By Huwaida - Februari 10, 2018

Kadang-kadang bila terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan, kita perlu manfaatkan setiap waktu kita bersama keluarga sebaiknya. Dan inilah yang berlaku pada kami sekeluarga. Nak pergi bercuti pun 1 hari dan 1 malam. Agak-agak boleh melawat apa? Mesti la tak banyak kan. 

Sebenarnya, pada mulanya kami rancang untuk mencari komputer riba di Kuantan sambil meluangkan masa cuti hujung minggu. Lama tak pergi holiday. Tapi di saat akhir suami ajak pergi Kota Bharu sebab dia kata dah selalu sangat pergi Kuantan. Alhamdulillah, sempat la tempah satu studio apartment di sana. Selesa studio ni dan harga pun berpatutan. RM99 sahaja untuk semalam.

Ini pandangan ke arah pintu masuk studio.

Ini bilik air.

Ini ruang makan, siap ada peti sejuk mini lagi.
 .
Ini ruang si kecil beradu sambil menonton televisyen
Kami tiba hampir lewat tengah malam. Alhamdulillah, Allah permudahkan juga perjalanan kami walaupun hujan agak lebat di sepanjang perjalanan. Pagi tu, Mr Hubby ajak pergi ronda-ronda sekitar Kota Bharu. Saja nak bersiar-siar, tengok apa yang ada di sekitar Kota Bharu. Kami bersarapan berdekatan dengan pangsapuri yang kami diami, iaitu di Warung Warisan Tok D. Tak ambil la pulak gambar kedai makan tu. 😄

Di kedai makan tu ada roti canai, nasi kerabu dan nasi berlauk. Sudah tentu la saya cuba nasi kerabu. Jauh mai berjalan kat kelantan, mesti nak rasa makanan terkenal kat sini. Selepas tu, bersiap dan apa lagi, kembali kepada tujuan asal datang Kota Bharu iaitu membeli komputer riba. Hasil daripada cadangan kawan Mr Hubby, kami memilih untuk pergi membeli komputer riba di Monaliza, KB Mall.

Gambar ni hasil carian Google sebab tak sempat nak snap sendiri gambar.
Alhamdulillah, berjaya juga memiliki komputer riba yang baru. Semoga komputer riba ni sentiasa tabah dan dapat berkhidmat dengan lebih lama walaupun Asmaa asyik berkasar dengan dia. Hihi. Selesai membeli komputer riba tu pun dah nak dekat pukul 1. Maklumlah rambang mata dan agak susah nak buat pilihan.

Sebenarnya, kami tak betul-betul merancang perjalanan waktu ini, jadi untuk makan tengahari memang makan kat Secret Recipe sahaja. Nak bertolak pulang awal, sebab Mr Hubby cuti hari minggu sahaja. Apapun, alhamdulillah, walaupun tak dapat pergi bercuti secara rasminya. Travel untuk menyelesaikan urusan sebegini pun boleh juga dianggap bercuti.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan