Beberapa minggu yang lalu kami berkesempatan untuk bermalam di Citadines DPulze Hotel, Cyberjaya. Bila jejakkan kaki di hotel tersebut, saya ambil masa untuk capture beberapa gambar di persekitaran bilik hotel yang kami diami. Memang niat saya pada masa itu supaya saya boleh masukkan dalam blog dan ianya dapat menjadi kenangan buat kami dan memberi gambaran kepada mereka yang ingin menginap di sini.
Bagi saya, bilik yang kami diami sangat selesa, dan kelengkapan yang ada mencukupi sebagai tempat penginapan. Terdapat sedikit ruang untuk solat. Kelengkapan menggosok baju yang lengkap. Terdapat juga ruang dapur mini yang mempunyai sinki, dapur masak, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini. Bagi bilik yang mempunyai katil bersaiz queen, kelengkapan sebegini agak mewah dan harga RM160 adalah berbaloi kerana sarapan juga disediakan.
Katil serta almari yang agak besar. Bilik juga menghadap pemandangan luar bandar cyberjaya. |
Sofa juga sangat selesa. Disertakan juga coffee table. Ruang tamu minimalis yang selesa bagi kami bertiga. |
Ruang tandas yang selesa dan lengkap. |
Ruang mandi juga sangat selesa. |
Ruang tamu dan ruang dapur minimalis yang lengkap. |
Antara kelebihan menginap di hotel ini. |