20 Sya'ban 1431H... Lebih kurang 10 hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Adakah diri ini masih berkesempatan menemui Ramadhan yang akan datang. Allahumma Balliqni Ramadhan, Allahumma Balliqni Ramadhan, Allahumma Balliqni Ramadhan.
Banyak pendapat yang menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan-syaitan diikat. Ramadhan adalah bulan di mana setiap dari kita berpeluang melawan hawa nafsu sendiri 'one by one'. Sejauh manakah kita boleh mengawal dan membentuk hawa nafsu kita, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Ya Allah, kentalkanlah setiap jiwa Muslim, moga-moga setiap dari kami dapat menjadi a'bid yang diredhaiMu dan khalifah yang terbaik di muka bumiMu ini.
Hebatnya syaitan bilamana dia dapat mempengaruhi manusia dengan bisikan-bisikan nistanya. Kadang-kadang, kita diselubungi rasa keliru siapa yang patut kita pentingkan pandangannya. Adakah pandangan diri yang sahih? Atau adakah pandangan orang lain yang melihat kita adalah lebih layak untuk didengar? Hebatnya syaitan bilmana jika ada saudara-saudara seIslam kita yang menegur kesilapan kita, dia akan memberi kita 1001 alasan untuk membuktikan kita berada di pihak yang benar. Malangnya, orang yang berada di pihak yang benar seringkali ketandusan idea untuk membuktikan kenyataan mereka benar.
Walaupun begitu, Al-Quran telah terlebih dahulu menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan di muka Bumi ini. Ciptaan terbaik sepatutnya perlu menjadi yang terhebat. Jadi, jelaslah manusia memang diciptakan untuk menjadi hebat. Akan tetapi, mujahadah yang perlu dilakukan untuk menjadi hebat bukanlah semudah itu. Banyak yang perlu dilakukan. Pemurahnya Allah, Dia hadiahkan manusia dengan bulan Ramadhan sebagai satu bulan didikan untuk hamba-hambaNya. Moga-moga, Ramadhan kali ini dapat menjadi bulan dimana kita bersedia untuk dididik dan mendidik.
Hebat atau tak bergantung pada diri sendiri. Moga-moga nadi kita terus berdenyut dengan rasa ingin menjadi lebih hebat. Menjadi hebat bukanlah beerti supaya mendapat tumpuan ramai. Menjadi hebat beerti menjadi hebat pada pandangan Allah dengan menjadi A'bidNya yang soleh.Ameen...