Doa Selepas Membeli Kereta Baru

By Huwaida - Februari 21, 2018


Alhamdulillah, masih dimurahkan rezeki untuk suami memiliki sebuah kereta selepas kereta Honda City miliknya total loss akibat terlibat dalam kemalangan. Jadi, nak kongsi sedikit ilmu baru yang kami dapat setelah memiliki kereta baru ni.

Doa yang dibaca setelah membeli kereta baru ini boleh dibaca di dalam sebaldi air. Selepas itu, boleh siram air doa itu ke kereta bermula dari tayar kanan kereta dan pusing ikut tawaf (lawan arah jam).

Doanya:

1) Al-Fatehah 7x
2) 4 Qul (Al-Kafiroun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)
3) Ayat Kursi (Baca dengan waqaf 9 kali)
4) Yasin (ayat 1-9)
5) Al-Mulk (ayat 22)
6) Selawat ke atas Nabi 11x
7) Ya Sattar (33x) sambil niat untuk apa yang dihajati

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Dan semoga ada keberkatan terhadap kenderaan yang kita miliki.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan