1 Hari 1 Malam di Kuching

By Huwaida - Februari 11, 2018

Bambamnya pipi Asmaa waktu ni 😁
Semalam dan hari ini saja nak throwback apa yang kami sekeluarga buat apabila dapat pergi holiday sehari semalam. Untuk percutian ke Kuching ni, sebenarnya tujuan utama adalah untuk pergi ke majlis perkahwinan kawan saya di sana. Masa tu Asmaa baru tiga bulan. Keputusan nak pergi tu pun memang 1 atau 2 minggu sebelum majlis. Memang kelengkapan untuk perjalanan jauh untuk bayi waktu tu, kami cari yang semampu dan seadanya.

Di Kuching International Airport
Memang tak sangka sebenarnya Mr Hubby dapat luangkan masa untuk menghadiri majlis kawan saya yang kiranya memang satu geng la kalau buat apa pun semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda di universiti dulu. Bersyukur ya Allah atas rezeki ini. Dan terima kasih Mr Hubby.

Oleh sebab Asmaa baru tiga bulan dan kami pun pergi tak lama, saya cuba sedaya mungkin untuk atur aktiviti yang sesuai untuk kami lakukan supaya perjalanan ini terisi dan berbaloi. Bawa bayi berusia tiga bulan, sudah tentu destinasi yang dipilih perlu lebih selamat dan yang lebih sesuai.

Pagi tu, kami bertolak awal dari pukul 815 dari Paka ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Agak lewat sebenarnya sebab flight pukul 1035 pagi. Tapi, alhamdulillah on time jugak. Flight dari KLIA ke Kuching pukul 2 petang. Alhamdulillah, dalam pukul 430 petang kami dah boleh naik kereta sewa untuk ke Hotel Grand Continental Kuching.

Sampai hotel, solat dan rehat kejap. Lepas tu, terus bersiap untuk keluar makan. Kami buat keputusan untuk makan di restoran Pak Somet Ayam Penyet. Sebenarnya, kami tak pernah rancang untuk makan kat mana-mana. Jadi, redah ja mana sesuai.

Selepas tu pergi solat di Masjid Jamek Kuching atau dikenali juga sebagai Masjid Lama Negeri Sarawak. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di Sarawak pada tahun 1847. Selepas selesai solat, kami terus pergi ke Kuching Waterfront.

Seronok juga berjalan di Kuching Waterfront sambil menjamu mata dengan barangan cenderamata. Kek lapis pun ada jual. Ada juga deret-deret kedai makan dan buskers dari kalangan yang membuat persembahan tradisional dan juga kontemporari.

Penat berjalan di Kuching Waterfront sampai tertidur Asmaa

Memang penat la berjalan di sepanjang Kuching Waterfront ni. Itu pun tak pusing habis lagi. Dah hampir pukul 1030 malam, saya terus ajak Mr Hubby balik hotel supaya dapat rehat dan recharge untuk esok. Sebelum balik ke hotel, kami singgah Tugu Kuching dulu untuk bergambar kenang-kenangan.

Gambar Tugu Kuching dari arah sisi
(saja letak gambar ni 😅 sebab gambar yang ada tak berapa best)
Esoknya, sebelum pergi ke majlis perkahwinan kawan saya, kami singgah membeli kek lapis sarawak di kedai Kek Lapis Sarawak Hamidah. Banyak jugak kami memborong kek lapis. Selepas itu, cuba juga untuk singgah ke Kompleks Kubah Ria. Tapi, kami pergi melawat dari luar sahaja sebab Mr Hubby cakap macam tak ada apa yang nak dibeli kat sini. Sebab dia tak berminat sangat dengan terubuk masin. Jadi, kami memang tak masuk ke dalam dan terus pergi ke majlis kawan saya.

Di majlis perkahwinan kawan saya

Bergambar dulu di Departure Hall Kuching International Airport sebelum flight ke KLIA2
Flight pukul 130 petang kalau tak silap. Takut jugak terlepas flight. Tapi alhamdulillah, atas nasihat kawan-kawan yang lain kami memang on time lagi. Flight ke Kuantan pula dalam pukul 640 petang. Selamat sampai ke kuantan dalam pukul 730 petang, terus gerak solat di masjid UIA dan terus bertolak pulang ke Paka.

Alhamdulillah, tamat sebuah perjalanan yang singkat dan agak mencabar kerana kami perlu banyak belajar untuk handle anak sulung kami supaya dia selesa di sepanjang waktu musafir kami.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan