Petikan dari Sinar Online |
Termasuklah ibu ni haa. Bukan apa, ibu pun ada anak. Ibu mengharapkan yang terbaik untuk semua. Sebab apa kena harapkan yang terbaik untuk semua? Sebab anak-anak ibu adalah netizen yang akan menjalani kehidupan sebagai pelajar pada zaman sekarang. Dengan kata lebih mudah, anak ibu hidup sezaman dengan anak-anak yang nakalnya lebih kurang seperti anak-anak yang menjadi suspek kejadian.
Laporan yang dipetik dari blog (wanikiter.blogspot.my) rentetan dari insiden terbabit |
Bayangkan seorang ibu dan bapa yang tidak mempunyai hasil pendapatan yang lumayan, hidup seharian dengan harapan dapat memberi anak-anak sesuap nasi untuk teruskan kehidupan, tetapi mereka di tuduh terlalu berkejar dengan hasil dunia. Teringat pada satu masa, Bersamamu anjuran TV3 ada memaparkan kisah hidup keluarga yang makan siput babi. Apa respon netizen ketika itu? "Cari la benda yang elok sikit untuk di makan". Jadi, sebenarnya kita semua tak kan pernah berhenti salah menyalahkan.
Kita balik semula pada zaman nenek moyang kita dahulu. Yang hidupnya tidaklah terlalu mewah. Makannya ada yang hasil tangkapan atau tanaman sendiri. Semuanya serba kekurangan. Ada kanak-kanak nakal tak waktu tu? Ada. Ada kanak-kanak yang bertindak terlalu agresif seperti sekarang tak? Susah ditemui. Kenapa? Ketahuilah, pada zaman tersebut semua orang mengambil peranan mendidik anak-anak.
Bukan ibu bapa di rumah sahaja, ibu bapa kepada jiran, ibu bapa yang menjadi guru di sekolah (maksud ibu cikgu la), ibu bapa yang berniaga di kedai runcit (mungkin refer kepada Uncle Tan dan Aunty Mei) dan ibu bapa kepada anak-anaknya yang lain turut sama bantu membantu untuk besarkan anak-anak mereka bersama-bersama. Dengan kata mudahnya, mereka menjaga tepi kain semua orang.
Ini sebenarnya kekurangan pada masa kini. Ibu masih boleh terima kalau ibu bapa masing-masing kena jaga anak sendiri sahaja (jangan memandai nak ajar anak orang lain jugak). Akan tetapi bila guru di sekolah pun tidak diberi kebebasan untuk mengajar dan mendidik, kita sebenarnya menambah lagi kekurangan yang sedia ada. Sebenarnya kita tak boleh mandikan seekor ikan jer (kalau boleh mandi la), sebab kalau dah mereka hidup pada tempat yang sama, yang dah bersih pun boleh jadi kotor semula (nau'zubillahi min dzalik). Jadi, semua ikan pun kena dibersihkan, air tempat ikan diami pun kena bersih. Baru semua pun bersih.
Semoga semua orang mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Semoga insiden seperti ini tak akan pernah berlaku lagi. Semoga kita semua berubah menjadi yang lebih baik.