Vitamin untuk Ibu Hamil

By Huwaida - April 13, 2020

Waktu hamil adalah waktu yang paling indah dalam memori seorang ibu. Perasaan dan emosi ibu mesti stabil dan harmoni supaya ibu sentiasa sihat dan cergas bertenaga. Bila ibu sihat, hormon ibu terkawal, bayi dalam kandungan pun 'happy'.



Berikut adalah antara sebab kenapa ibu hamil perlu makan vitamin:

1-Mengatasi masalah Hb rendah
2-Mengurangkan risiko kecacatan janin
3-Mengurangkan kelahiran bayi pramatang dan bayi kurang berat semasa lahir
4-Mengatasi masalah ibu kekurangan nutrisi (akibat morning sickness)
5-Membantu mengawal GDM
6-Membantu mengawal tekanan darah
7-Mengatasi masalah sembelit
8-Mengurangkan kesan pigmentasi kulit
9-Membantu ibu sentiasa sihat, cergas, dan bertenaga

Berikut adalah contoh vitamin Shaklee yang boleh diambil oleh ibu hamil.

Set Lengkap Kehamilan Shaklee


1. B-COMPLEX (dengan asid folik)

-Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk asid folik. Asid folik penting untuk mencegah kecacatan otak dan tulang belakang janin.

-Membantu dalam penghadaman, menukar lemak, dan karbohidrat kepada tenaga sekaligus membantu mencegah kelesuan dan keletihan. 

-Mencegah anemia, mengekalkan paras Hb yang normal dalam darah dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan juga pembentukan antibodi.

-Merangsang sirkulasi darah dalam badan, mencegah sakit kepala, pening, migrain, keletihan, dan muntah-muntah.

-Detoksifikasi – meredakan alahan.

*Asid folik digalakkan untuk ambil 3 bulan sebelum kehamilan kerana spina bifida berlaku pada hari ke-28 kehamilan di mana biasanya ramai yang tak sedar yang dia sudah hamil.

Spina bifida ni boleh jadi kecacatan kekal tau

2. ESP

-Merupakan penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

-Protein amat diperlukan untuk pertumbuhan sel badan bayi seperti otot, tisu dan organ.

-Penting terutamanya dalam trimester 2 dan 3 kehamilan dimana perkembangan bayi adalah lebih pantas.


3. OSTEMATRIX

-Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, serta mangan

-Mengelak kekejangan, dan kekebasan.

-Mengurangkan stress, dan menggalakkan tekanan darah normal.

-Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus yang menambah ketumpatan tulang.

-Magnesium penting dalam membantu melancarkan pengeluaran sisa najis dari perut dan usus sekaligus mengelakkan masalah sembelit semasa mengandung.


4. VITALEA

-Kaya dengan zat besi yang membantu ibu-ibu mengatasi masalah Hb rendah atau anemia dan boleh menggantikan obimin.

-Juga boleh membantu ibu-ibu selepas bersalin yang telah mengalami kehilangan darah untuk membina semula sel-sel darah merah yang sihat.

-Setiap hidangan membekalkan 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ada yang mampu cukupkan 30 nutrisi dalam sehari dengan makanan biasa?


5. VITAMIN C

-Meningkatkan sistem imuniti

-Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,

-Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

-Membantu dalam kecantikan kulit dengan mencegah pigmentasi sekaligus menghalang jeragat.

-Merangsang pembentukan kolagen yang penting untuk otot, tisu, rawan dan gusi. 

-Membantu menguatkan otot-otot dan menghasilkan keanjalan kulit yang membantu mengurangkan kesan stretch-mark.

-Mengekalkan kolesterol dan tekanan darah sihat.

*Nak cegah stretchmark yang teruk, jangan malas telan vitamin C dan ESP sepanjang hamil. Kedua-dua ni bantu kulit kita lebih anjal


6. OMEGA GUARD

-Mengandungi asid lemak semulajadi yang terdiri daripada EPA, DHA, ALA yang sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak janin.

-DHA adalah nutrien utama untuk otak, retina dan system saraf. Amat penting terutamanya bagi bayi dalam 3 bulan terakhir di dalam kandungan.

-Ibu GDM  dan protin tinggi amat disarankan amik omega

*Sekarang ramai kanak-kanak yang ada asthma dan ekzema/alahan. Omega guard ni boleh kurangkan risiko untuk anak kena serangan asthma dan mempunyai ekzema/alahan yang teruk.

Set ibu hamil shaklee ni boleh terus diambil hingga ke waktu berpantang dan menyusu.

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya.




  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan