Alhamdulillah, selepas 6 bulan, akhirnya berjaya juga balik kampung minggu lepas. Terlalu banyak kekangan untuk balik kampung, dan rindu tu memang tak terucap. Tapi, sampai juga hajat untuk balik kampung walaupun tak sempat nak bermalam di kampung sebelah suami. Kami tinggal di Paka, Terengganu, kampung saya di Alor Setar, dan kampung suami di Sik, Kedah.
Bagi sesiapa yang biasa dengan perjalanan jauh sebegini pasti tahu betapa penat dan letihnya setiap kali travel balik kampung. Namun, kepuasan dapat balik kampung memang tiada bandingannya. Bagi kami (setakat entry ini ditulis) setiap kali balik kampung, begitu banyak 'to do list' yang perlu diselesaikan.
Daripada senarai urusan-urusan formal yang perlu diselesaikan seperti urusan dengan bank, pejabat agama, pejabat pendaftaran dan lain-lain lagi, sehinggalah urusan-urusan kecil seperti stok barang yang ingin di bawa balik ke rumah dan makanan yang ingin di makan.
Gambar sekadar hiasan, tidak berkaitan langsung dengan entry yang ditulis. |
Nak dijadikan cerita, selesai cuti di kampung, kami tak terus balik Paka. Kami singgah satu hari di Kelantan sebab Mr Hubby nak test drive kereta. Oleh sebab Mr Hubby memang dah minat sangat kereta tu, dan daripada hasil pandu uji kereta tu, kami buat keputusan untuk beli kereta tersebut.
Untuk menjimatkan masa, kami terus pergi ke bank untuk uruskan urusan untuk permohonan pinjaman kereta. Nak dijadikan cerita lagi, sepanjang berada dalam kereta bersama dealer kereta yang berkenaan sehinggalah berjumpa dengan pegawai bank berkenaan, kami bercerita tentang downsizing pekerja yang berlaku dalam banyak syarikat.
Disebabkan saya terus menjadi suri rumah selepas graduate, memang tak tahu sangat la cerita-cerita dunia pekerjaan sekarang. Yang saya tahu hanyalah tentang pengurangan pekerja yang berlaku di syarikat suami saya. Ingatkan syarikat suami saya saja yang bertindak sedemikian, rupanya banyak lagi syarikat-syarikat lain yang melakukan yang sama.
Sebelum ini, Mr Hubby selalu cerita yang pekerja akan diberi notis untuk ditamatkan perkhidmatan. Tapi, yang dahsyatnya cerita yang saya dengar kali ini, pekerja seolah-olah diberi penawaran 'senyap' untuk berhenti kerja dengan sendiri. Macam mana tu? Pekerja yang diketahui ada kekangan tertentu akan disuruh untuk tukar cawangan contohnya, padahal majikan memang dah tahu pekerja tersebut tidak akan dapat berbuat sedemikian. Apa yang berlaku, pekerja terbabit akan berhenti kerja dengan sendiri.
Bayangkan, pada masa taraf hidup yang meningkat pada masa ini, dan peluang pekerjaan yang agak terhad, bagaimana kita mahu menjalani kehidupan seharian tanpa perlu risau? Tak hairanlah begitu banyak orang yang terjun dalam bidang perniagaan. Ada yang menjadi dropship pada mulanya, dan seterusnya membuka syarikat sendiri. Ada yang membuka perniagaan sendiri dari rumah, dan ada yang menjadi ejen produk-produk.
Bukanlah niat saya untuk menulis entry ini semata-mata untuk memburukkan mana-mana pihak. Apa yang saya ingin sampaikan, kita semua perlu berusaha mencari peluang lain untuk meneruskan kehidupan dan menambah pendapatan. Dah banyak sebenarnya orang yang berjaya dengan berbisnes. Jadi, saya menawarkan anda semua untuk berbisnes Shaklee atau Mary Jardin dengan saya. Wasap saya untuk info lanjut.

0 ulasan