Set Kurus Bajet Shaklee

By Huwaida - Februari 14, 2018

Terdapat pelbagai jenis set kurus Shaklee. Ada set kurus premium. Ada set kurus bajet atau ada yang sebut set kurus asas. Bagi saya, set kurus Shaklee bergantung pada masalah yang dialami oleh seseorang individu. Jika individu terbabit mempunyai masalah sembelit, set kurus yang individu tersebut perlu ambil perlu menangani masalah yang dihadapinya.

Oleh sebab untuk entry kali ini, saya tidak mahu cerita panjang. Saya cuma mahu kongsikan kisah saudari Azren Muhamed yang berjaya menurunkan berat badan dengan set kurus bajet Shaklee.



Assalamualaikum W.B.T. Saya Nurazren bt Muhamed, berusia 33 tahun dan berasal dari negeri Cik Siti wan kembang. Saya bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Kota Damansara, Selangor. Saya amat cintakan kerjaya saya. 
Disini saya ingin berkongsi cerita tentang bagaimana saya nekad berikhtiar untuk mendapat berat idaman walaupun telah memiliki 4 org cahaya mata. Pada zaman anak dara, berat badan saya hanya 47kg sahaja. Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang pertama dan kedua, berat semakin bertambah kpd 54 Kg. Saya masih tidak endah tentang berat tu sebab ketinggian saya tidak menampakkan susuk badan saya berisi walaupun berat sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Saya memang seorang yang suka makan. Asal lalu depan mata apa-apa yang sedap, memang saya akan beli. Saya memang layan nafsu makan tu tanpa alasan. 
Masa mengandungkan anak ketiga, berat saya dah mencecah 64 Kg selepas bersalin. Walaupun peha dah memberi signal (bergesel antara satu sama lain), namun, ianya tetap tak mempengaruhi amalan 'makan sedap' saya sehinggalah saya mengandungkan anak yang keempat, pada tahun 2016 yang lalu. Jumlah kenaikan berat saya selama mengandung 9 bulan ialah 21 Kg. Setiap kali jumpa nurse semasa check up, confirm mereka akan tulis berat gunakan pen merah.

Setelah bersalin, berat saya 71 Kg. Masa tu, saya dah mula risau sebab ramai juga yang menegur dengan mengatakan saya agak berisi walaupun dah bersalin. Dengan itu, lepas tempoh berpantang, saya terus beli Set Kurus Asas iaitu Lecithin, Alfalfa dan Herblax. Saya nekad untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat dgn Shaklee. 
Alhamdulillah, setelah konsisten dalam masa kurang dr 4 bulan selepas berpantang 60 hari, saya telah dapat menurunkan berat badan sebanyak 7 Kg. Saya kawal makan dan lakukan senaman ringan juga. Sangat membanggakan. Saya sangat gembira. Saya kongsi cerita saya dengan beberapa orang rakan dan mereka turut terinspirasi untuk menurunkan berat badan mereka.

Sekarang, berat badan saya yang terkini ialah 63 Kg. Saya masih konsisten amalkan 3 vitamin yang telah saya sebutkan tadi. Saya lakukan senaman zumba sekali seminggu demi mengekalkan berat badan yang saya impikan. Paling best, banyak baju-baju lama saya yang dulu disimpan rapi, telah dapat disarungkn semula ke badan saya. 
Syukur sangat. Saya masih berusaha utk turunkn berat saya sebanyak 2 kg lagi. Doakan saya ye. Sesiapa yang punyai masalah seperti saya, jom amalkan apa yang telah saya lakukan. Sama-sama kita upgrade kesihatan kerana nilai sihat amatlah mahal.
Bagi yang mempunyai masalah yang sama, anda boleh terus hubungi saya untuk konsultasi tentang set kurus Shaklee yang sesuai dengan anda.

Huwaida (ID 1185048)

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan