Moga-moga apa yang mahu saya tulis ini membawa manfaat. Islam itu agama fitrah. Jika hati kita dapat menerima agama ini dengan ikhlas, sudah tentu hati kita akan merasa senang untuk menunaikan apa sahaja yang dibawa oleh Islam.
Bagaimana kita seharusnya membentuk saf dalam solat kita? Adakah dengan mengikut sejadah? Atau kemahuan kita semata-mata? Sejadah yang dilipat secara melintang perlu diisi dengan dua jemaah sahaja? dan jarak antara kedua-dua jemaah perlu direnggangkan supaya jemaah tidak berpeluh? Inikah caranya??
قال الرسول (ص) : لتسون صفوفكم , أو ليخالفن الله بين وجوهكم
Hadis ini membawa maksud 'rapatkanlah saf-saf kamu, atau Allah akan memecahkan wajah-wajah (hati-hati) kamu'. Ya Allah, astaqfirullah al-a'zim.
Jika ingin melihat keadaan umat Islam sekarang, lihatlah bagaimana keadaan mereka solat berjemaah. Hal ini benar, kerana ulama yahudi sendiri mengakui bahawa, mereka mampu mengalahkan Islam jika berkurangnya pemuda-pemuda muslim yang bersolat subuh di masjid. Allahu rabbi. Sudah tentu pengakuan ulama yahudi itu bukanlah pengakuan yang wajib dipegang. Tapi,bagaimana hadis daripada Rasullullah (S.A.W) sendiri? Adakah kita boleh memandang remeh dengan hadis ini?
Allah telah menjanjikan kita satu keadaan di mana jika kita tidak mampu untuk merapatkan saf-saf kita semasa solat, bala Allah untuk memecahkan kesatuan antara kita dapat kita rasakan. Wa'iyazubillah.
Solat berjemaah bererti solat secara berkumpulan. Maksudnya akan ada lebih dari seorang yang berkumpul untuk bersolat bersama-sama. Pelbagai aturan ditetapkan supaya solat itu mampu ditunaikan secara lebih bersistematik. Akan adanya seorang Imam yang terpilih daripada kalangan yang lain untuk mengepalai jemaah tersebut. Dan apabila adanya ikrar dilafazkan dengan niat untuk menjadi imam kepada makmum dan makmum kepada imam, maka setelah itu ada hak-hak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua ahli jemaah.
Dalam sudut pandang yang lain, inilah situasi sebenar kehidupan kita. Adanya pemimpin yang perlu dipilih dengan betul dan semua mereka perlu menunaikan hak-hak dan peraturan yang perlu ditunaikan. Bagaimana dengan saf? Membentuk satu saf yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi susah apabila kita lari dari matlamat sebenar.
Kita solat berjemaah dengan saudara seaqidah kita, jadi saf yang perlu dibentuk perlulah dibentuk dengan saudara kita, bukan dengan sejadah, dan bukan hanya untuk keselesaan diri. Tidak salah memuatkan 3 orang dengan sejadah yang dihampar secara melintang. Sejadah itu hanyalah material bukan sabab untuk membentuk saf solat. Cuba lihat saudara bersebelahan kita, samakan dan rapatkan jarak denganya dengan jarak yang sesuai. Inilah cara saf dibentuk. Sepertinya duit hanyalah material, namun rasa untuk bersedekah itulah yang Allah kehendaki dari hambaNya.
Malah untuk membentuk satu saf sendiri, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling kita. Jika kitalah perintis saf itu, maka pastikan saudara kita yg akan memanjangkan saf itu tidak mengalami kesulitan. Contohnya, janganlah memilih untuk memulakan saf di suatu kawasan yang di sepanjang saf itu,akan menyukarkan salah seorang saudara kita untuk bersujud dek kerana adanya tiang dihadapannya. Begitulah kehidupan, lihatlah sekeliling kita. Semuanya perlu ditangani dengan berhati-hati.
Sungguh, Islam itu agama yang syumul. Solat sendiri membawa begitu banyak pengertian. Mudahnya membentuk saf, jika sejadah itu tidak menjadi satu sabab membentuk saf. Mudahnya hidup dalam Islam, jika kemewahan dan kesenangan itu tidak menjadi sabab untuk menjadi muslim.
-16 Ramadhan 1432H-