Pintu manuju kecerdasan ada empat : (1) al-khauf (takut), (2) ar-raja' (harap), (3) al-mahabbah (cinta) dan asy-syauq (rindu). Tiap pintu tersebut memiliki kunci masing-masing. Melaksanakan ibadah fardhu (wajib) adalah kunci pembuka pintu al-khauf; melaksanakan ibadah nafilah (sunat) adalah kunci pembuka pintu raja'; cinta, senang dan rindu untuk beribadah adalah kunci pembuka pintu al-mahabbah; dan senantiasa berdzikir kepada Allah dengan hati dan lisan adalah kunci pembuka pintu asy-syauq.
(Dzun Nun)
(Dzun Nun)

Alhamdulillah... Allah masih memberiku peluang untuk bernafas pada pagi awal tahun hijrah ini. Dengarnya, tema Maal Hijrah untuk negara kita pada tahun ini, "1Malaysia 1Ummah". Tak kisah la apa jua temanya kerana apa yang lebih penting adalah bagaimana perancangan dan azam kita untuk mengisi hari-hari mendatang untuk tahun baru ini.
Moga Allah memberkati kita ummat Islam keseluruhannya~
Lama juga tinggal wall ni. Dah bersawang agaknya. Malas rasanya nak menulis. Tapi, alang-alang dah ter'sign in' blog ni, tulis je la sesuatu yang boleh dikongsi-kongsi. Kalu post yang lepas saya ada tulis yang tak sabar sangat nak baca buku yang terakhir yang kawan saya, Sabati pinjamkan. Agaknya apa erk tajuk buku tu??? Best sangat... nak beli!!!emmm..mesti beli nanti..Walaupun dah baca, teringan nak wat koleksi peribadi.
Buku yang saya teringin sangat nak jadikan koleksi tu nipis jer. Ada 169 muka surat semuanya. Tapi, "Don't judge a book by its cover". Terlalu banyak kiranya bait-bait kata yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian diriku yang kerdil ini.
"Bukan soal apa yang dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya". Nah, inilah ulasan ringkas penulis untuk bukunya ini. Mukadimahnya diterangkan dengan jelas sekali kepada pembaca: "Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan". Kepada sesiapa yang pernah mentelaah buku ini, pasti tersenyum melihat post ni. (hehe..maklumlah lambat sikit, baru dapat hidayah agaknya. Barulah berkesempatan membacanya)

Yup, inilah buku yang teringiiinn sangat nak dibeli. Nota Fikir untuk Zikir karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Moga dimurahkan rezeki oleh Allah untuk membelinya. Ameen~
-26hb Zulhijjah 1431-

Firman Allah fi Kitab al-Aziz:

Yang bermaksud: "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad,47:7)

Alhamdulillah, baru selesai baca lagi satu buku yang dipinjamkan Sabati. Daripada tajuk post ini, pasti semua sudah dapat mengagak buku yang telah saya baca. Lawak rasanya apabila mengenangkan bagaimana diri ini akhirnya dapat menghabiskan bacaan tersebut. Lantaran ada sedikit urusan lain dan kemalasan yang menghantui diri, puas juga kupujuk diri sendiri untuk menghabiskan bacaan. Tup2.., tidak sampai seharian pun aku sudah dapat menghabiskan bacaan jika dibandingkan dengan hari-hari yang sebelumnya yang hanya sehelai dua muka sahaja yang mampu kuselak. Sempat terkenang akan ayat ibuku yang selalu diulang-ulang kepada kami adik beradik semasa masih di zaman persekolahan dahulu; 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Ayat inilah yang mendorong kami adik-beradik untuk menyiapkan setiap pekerjaan yang ada.
'Hari-hari Dalam Hidupku' adalah buku karangan mujahidah yang sangat tabah, Zainab al-Ghazali al-Jubaili. Buku ini menyimpan kisah realiti tentang penyeksaan Zainab al-Ghazali di penjara tentera Mesir. Ia bermula dengan penceritaan bagaimana rancangan keji Jamal Abdul Nasser (Presiden Mesir ketika itu) untuk membunuh Zainab al-Ghazali, disusuli dengan penyiksaan Zainab di penjara tentera Mesir, seterusnya kehidupan di penjara perempuan al-Qanatir dan bagaimana akhirnya Beliau dibebaskan. Secara keseluruhannya, buku yang diakhiri dengan muka surat 366 ini banyak berkisarkan tentang kisah penyeksaan yang dialami Zainab di penjara tentera Mesir.
Sengaja aku memulakan post kali ini dengan ayat suci Allah yang seperti di atas. Hal ini disebabkan diri ini merasakan ianya sesuai untuk menggambarkan ibrah yang mampu diperoleh daripada penceritaan mujahidah Zainab itu. Walaupun disiksa dengan tidak berperikemanusiaan, Beliau tetap tabah. Dan seperti yang dijanjikan, ketabahan itu dibalas Allah tunai dan selebihnya di alam Akhirat, insyaAllah. Bertuah rasanya jika dapat menjadi seperti mujahidah itu yang dapat berjumpa junjungan mulia Baginda SAW di dalam mimpi berkali-kali dan seolah-olah dijanjikan dengan nikmat yang besar yakni Syurga. Walaupun begitu, tidaklah Beliau peroleh semua itu secara percuma. Ada satu pembayaran yang perlu dilunaskan terlebih dahulu dan hanya hamba yang benar-benar memiliki keimanan dan ketakwaan yang teguh mampu membuat pembayaran tersebut.
Jika dimuhasabahkan diri ini, jauh rasanya untuk mencapai tahap itu. Tapi, rasanya tidak perlulah terlalu merendah diri untuk terus berusaha kearah itu. Selagi Allah masih mengizinkan diri untuk bernafas di alam ini, selagi itulah usaha perlu diteruskan. Sesungguhnya kurniaan Allah itu amat luas dan sesungguhnya Dialah yang menyimpan rahsia-rahsia yang besar itu. Tak siapa mampu menduga mahupun mentafsir setiap yang ditakdirkan oleh Allah.Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tsabitkanlah hati ini untuk agamaMu dan untuk ketaatan kepadaMu.
**Emm.., tak sabar rasanya untuk membaca buku terakhir yang Sabati pinjamkan. Sengaja dilewat-lewatkan pembacaan padahal buku inilah yang selalu ingin dibaca.
-20hb Zulhijjah 1431H-
Selalu terkeliru macam mana sebenarnya ejaan yang sepatutnya; ukhwah atau ukhuwah?
Ukhwah pun ok je kalu nak guna sebab kalu tulis dalam ejaan jawi, memang itu sebutannya. Tapi, kalu nak tulis dalam bahasa Melayu, ejaan 'ukhuwah' lebih diterima pakai. Jadi, dalam post ni kita guna 'ukhuwah' je la.
Alhamdulillah, baru je selesai baca novel karangan saudara Hilal Asyraf bertajuk 'Terasing'. Kredit to Sabati sebab pinjamkan saya novel ni untuk isi masa lapang untuk cuti semester kali ini. Oleh sebab dah baca, kita kongsi sikit apa yang ada dalam novel tu. Apa yang saya nak kongsikan di sini sudah tentu mengenai ukhuwah yang menjadi intipati utama novel itu.
Terusik hati bilamana pesanan seorang sahabat kepada sahabatnya diulang-ulang sepanjang penceritaan novel ini.
Zaman : Pertama, ingat aku dalam setiap doamu.
Saifullah: Kedua?
Zaman : Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku.
Sahabat, jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu.
Emm..."sahabat, jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu". Kenapa begitu? Sebab diri yang terasing mudah untuk tergelongsor ke lembah yang lebih gelap. Teringat pesanan Maher Zain kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi artis semasa temubualnya di Astro Awani (kalu tak salah) yang disiarkan pada hari raya aidil adha yang lalu. Pesanan kedua Maher Zain adalah, kalau ingin jadi artis, pastikan sahabat dan teman-teman yang seangkatan atau yang membantu kita adalah orang yang baik. Hurainya lagi, serigala tidak akan berani menangkap kambing-kambing yang bergerak berkumpulan. Rasanya ramai yang sudah tahu bagaimana huraian cerita itu.
Ukhuwah yang ingin ditekankan dalam novel ini bukan sahaja melibatkan ukhuwah antara seorang saudara Muslim dengan saudaranya yang lain. Ukhuwah yang telah dibicarakan adalah ukhuwah dalam skala yang lebih besar. Ukhuwah yang melibatkan seorang saudara dengan saudara-saudara yang disekitarnya; Seorang suami kepada isteri, seorang ayah kepada anak, seorang ipar kepada ipar-iparnya, seorang majikan kepada pembantu atau pekerjanya, malah seorang anggota masyarakat kepada masyarakat sekeliling. Begitu luas sekali skop ukhuwah yang sepatutnya kita cuba fahami, pelajari dan cuba mahirkan dalam diri.
Walaupun begitu, benihnya hanya satu iaitu keimanan kepada Allah SWT. Jika selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik kepada saudaranya, maka ianya tidaklah dapat dicapai melainkan rasa keimanan dan keyakinan kita bahawa Allah Maha Mengetahui akan setiap isi hati hambaNya. Ajaibnya, ukhuwah yang jika dihuraikan tadi ternampak sangatlah luas dan besar, tetapi apabila penyelesaiannya dicari melalui Islam, jawapannya hanya satu. Bilamana hati kita mampu mahir dalam hal yang satu itu, persoalan dan masalah-masalah yang bakal timbul bisa sahaja diselesaikan. Rasa mudah atau susah tika cuba selesaikan setiap masalah itu bergantung kepada tahap keimanan kita. Emmm..muhasabah diri sendiri kejap.
Dalam novel ini, dikongsikan juga kisah sebelum peperangan Badar. Rasullullah SAW mengizinkan orang Ansar pulang ke Madinah memandangkan perjanjian mereka dengan Rasullullah SAW adalah untuk melindungi Baginda di Madinah, bukan di luar. Tetapi, salah seorang Ansar bangkit dan berkata:
"Ya Rasullullah, kami tidak akan mengatakan kepada kamu sebagaimana Bani Israel menyatakan kepada Musa. Pergilah kau dengan Tuhan kau berperang dan kami menunggu hingga kau menang. Tetapi Ya Rasulullah, kami akan berkata kepada kamu, 'pergilah kau dengan Tuhan kau berperang, dan kami akan bersamamu!'"
Ya, mereka bersama-sama Rasullullah dalam peperangan itu. Tidaklah hati mereka rela untuk bersama-sama Rasullullah dan saudara Muhajirin yang lain melainkan telah terpahat dalam hati-hati mereka rasa bertanggungjawaban dan rasa sayang akan saudara-saudara seaqidah mereka. SubhanaAllah, sungguhlah kekuatan sebuah ukhuwah itu pasti mampu melahirkan umat yang kuat dan bisa sahaja melemahkan musuh.
Terfikir keadaan masyarakat Islam sekarang. Adakah kelemahan ukhuwah itu yang melemahkan kita sekarang? Kelemahan kita dalam membina perhubungan sesama kita? Kelemahan kita disebabkan kekuatan kita dalam memakhluk asingkan saudara seaqidah kita? Ya Allah, Kau jualah Tuhan yang mampu memautkan hati-hati hambaMu. Maka, pautkanlah hati-hati hambaMu ini untuk mengejar keredhaanMu dalam mensyiarkan agamaMu. Ameen Ya Rabb.
"Sahabat, jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu". Pesanan ini untuk diriku sendiri. Moga-moga aku tidak mengasingkan sahabat-sahabatku dan aku berserah kepada Allah harapanku supaya sahabat-sahabatku juga berbuat sedemikian kepadaku. Peliknya kehidupan, kadang-kadang kita terasing kerana kita sendiri yang mengasingkan diri. Oleh itu, moga-moga Allah akan jauhkan kita dengan perasaan 'terasing' itu juga.

Berkata Dennis Waitley dalam bukunya 'The Psycology of Winning', "If you don't stand for something, you will fall for anything". Ringkasnya, berukhuwahlah kerana Allah. Dengan ini, segala-galanya insyaAllah akan terpandu.
-15 Zulhijjah 1431H-

Hehe..post2 yg lepas dipost masa tension exam..
banyak kot dok mengarut kat wall ni..

Waiting for my next post~
banyak kot dok mengarut kat wall ni..

Waiting for my next post~
Emmm..one more paper to go..
Lets do the best..
Sesal itu tidak pernah berada di hadapan~

Emm..baru je habiskan satu paper yang mendebarkan..
Alhamdullillah..
Sepanjang exam ni, memang kerisauan itu sentiasa ada. Tapi, bahagia itu tetap terpahat di hati dek memikirkan perasaan risau itulah menyebabkan diri ini sentiasa menitipkan doa dan menunujukkan betapa pengharapan kepada Allah itu sangat besar hitungannya.
"Ya Allah, hambaMu ini sangat lemah imannya, sangat jahil ilmunya, dan sangat pincang langkahnya. Maka, Kau bantulah hambaMu ini kerana hanya Kau tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang dan hanya Kaulah tuhan yang dapat menunaikan hajat setiap hambaMu.
Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku dan rakan-rakanku yang lain. Moga-moga rezeki dari kejayaan itu, sebahagiannya adalah milik kami. Ya Allah, bantulah kami dan permudahkanlah urusan kami kerna hanya Kau tuhan yang Maha Agung."
Emm..nak ambik 'mood' untuk teruskan usaha sebenarnya.
Moga-moga dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah..Ameen~

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...
- Artikel iluvislam.com -
Klik sini

Faizatul Mathwa (FB, 2010):
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Jangan berhenti melangkah sayang,
Kerna perjalananmu masih jauh,
Begitu ramai orang yang berhenti,
Dan semua yang berhenti itu menyesal akhirnya,
Ada jua yang tidak bisa berdiri lagi.
Teruskan melangkah sayang,
Kerna destinasimu itu tak kan pernah berjalan kepadamu,
Kerna destinasimu itu banyak pengunjungnya,
Kerna destinasimu itu tidak pernah tahu akan dirimu,
Ayuh, pergi kepadanya,
Katakan padanya yang kau selalu mencintainya.
Teruskan melangkah sayang,
Kerna aku tahu kau bukan begitu,
Jangan pernah merasa penat,
Penat itu berbayar,
Jangan pernah merasa bosan,
Bosan itu bererti.
Sayang,
Andai kau bisa mendengar rintihan hatiku,
Ketahuilah,
Sesungguhnya, tidak ada apa yang bisa meresahkan hati ini melainkan ini,
Maka, teruskan berjalan sayang,
Jangan pernah ada rasa ingin berhenti lagi.;)

Alhamdulillah, Allah masih panjagkan umurku dan moga-moga Dia juga akan memurahkan rezekiku sekeluarga dan sahabat handai yang lain.
Sampai ke hari ini, rasa gembira dan syukur tiap kali tiba ulang tahun kelahiranku tidak pernah hilang lantaran adanya ahli keluarga yang pasti akan mendahului ucapan itu berbanding orang lain.
Teringat ucapan comel yang adik bongsuku lontarkan.hehe..moga doamu itu dimakbulkan.
Untuk mak dan abah, time kasih banyak-banyak. Tanpa kalian berdua, tiadalah anakmu ini di sini, di ketika ini dan di suasana begini. Time kasih kerana kalian sentiasa sabar melayan kerenah anakandamu ini. Untuk Bang Chaq dan Bang Chik, time kasih kerana kalian sentiasa ada tika diri ini memerlukan kalian. Bertuahnya diri ini apabila kasih sayang yang kalian semua tumpahkan menyebabkan diri ini tidak pernah merasai kekurangannya. Rindunya kalian semua. Andai rasa rindu itu ibarat panas mentari, diri ini tetap yakin, walaupun hanya hangatnya yang terasa, mentari itu tetap ada walaupun tidak terlihat dek penglihatan yang terbatas.
Time kasih jua buat sahabat handai yang mendoakan dan mengingatkan diri ini. Benarlah, bila mana bertambah usia ini, bertambah jua tanggungjawabku. Moga-moga diri ini lebih matang dek ujian yang bakal mendatang. Allah telah pun memendekkan jarakku denganNya, Allah juga telah mengurangkan tempohku untuk beramal dan alam yang seterusnya pula telah mempersiapkan tempat untukku disamping malaikat maut sedang bersedia untuk menjemput. Time kasih semua.
Tidaklah yang menerima itu lebih baik dari yang memberi. Kalian telah memberi dengan begitu banyak. Maafkan diri ini andai pemberian kalian tak terbalas lantaran kelemahan diri ini.
Salam sayang dariku untuk semua~

Sebab itu, cinta aku yang mahal itu wujud sebelum bernikah lagi.
By Huwaida - Oktober 06, 2010
"Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata'ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya."
(Al-Hasan)
~Alhamdulillah...Allah masih sibukkan diri ini utk membaca sesuatu yg bermanfaat dari seorang sahabat~
Tiada cinta sebelum nikah.
No love before akad.
Cinta hanya selepas kahwin.
Dan bla bla bla bla bla….
Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.
Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.
Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.
Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.
Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.
Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.
Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.
Cinta yang sebenar
Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?
Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.
Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.
Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.
Menolak sahabat ke dalam api, itu bukan namanya akung sahabat, walaupun sebelum menolak sahabat itu ke dalam api, sudah 1000 kali diucapkan: Ana saynag enta, sahabat ana.
Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.
Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.
Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.
Cinta sebelum kahwin
Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.
Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.
Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.
Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.
Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.
Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.
Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?
Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.
Kalau kamu tanya akan cinta aku.
Maka cinta aku begitulah.
Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta
Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.
Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.
Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.
Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.
Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.
Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.
Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.
Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?
Semestinya tidak.
Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?
Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.
Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.
Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal
Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.
Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.
Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.
Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.
Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.
Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.
Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.
Cinta yang hakiki, bukannya arak!
Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya
Guruku, mudirku, Ustaz Dahlan Mohd Zain, pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya, Fiqh Sirah Nabawi pada hari itu.
Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.
“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”
“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”
Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.
“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”
“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”
Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.
Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.
Ustaz Dahlan mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.
Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.
“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…
“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.
Ustaz Dahlan, secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.
Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.
Dan jadilah cinta aku seperti ini.
Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya
Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.
Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.
Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.
Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan. Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.
Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.
Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?
Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.
Oh ya, dan aku belum bernikah.
di ambil dari sini : http://ms.langitilahi.com/
Hilal Asyraf~

Semasa kelas physio pagi tadi, hati ini berulang kali merintih, "Ya Allah, biarlah hati ini redha dengan setiap ketentuanMu". Ternyata jiwa ini tak begitu terusik dengan panahan ujianMu. Syukur Ya Allah.
Berbintang rasanya diri ini lalai kepadaMu. Diri ini sering melakukan maksiat kepadaMu. Tapi rahmatMu seakan mengombak datang tak pernah terhenti. Sesungguhnya ramai dikalangan kami yang dapat menghidu mesejMu, tapi hanya sebilangan sahaja yang mampu membalas dengan jawapan yang sebaiknya. Ya Allah, aku mohon kepadaMu moga-moga aku dan sahabatku mampu menghantar jawapan yang sesuai dengan kehendakMu.
Ya Allah, berilah kami kekuatan supaya kami mampu menghadapi situasi ketika ini. Sesungguhnya, hanya dengan kehendakMu jualah, kami mampu berbuat sesuatu.
Ameen, Ya Raab~

Untuk post kali ini, rasa cam nak mengarut sat..hehe...
Xtau la nak kata lagu mana hidup aku ni camna. Pelik pun ada. Cam xnampak hala tuju ja. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Susah la lagu ni..Sedihnya...
Buat yang nu, yang ni xkena..Sebenaqnya kena wat lagu mana nih..huhuhu..
Ya Allah, Kau timbulkanlah rasa tawakal dlm jiwa dan hatiku. Moga-moga bilamana diri ini meletakkan kebergantungan yang maha alam kepadaMu, diri ini akan sentiasa redha.
Kadang2, rasa cam nak buang ja hati ni jauh2..nak p tang laen..xmau dah dok kat Bumi..Awat la aku slalu wat salah cam tu??
Ya Allah, ampunilah dosaku. Moga-moga hatiku akan jadi lebih tenang dgn maghfirahMu.
Ya Allah, Kau berilah hidayahMu padaku..Tunjukkanlah aku jalan yang kau benar-benar redhai. Andai itu yang terbaik untukku, kau permudahkanlah dan tunjukkanlah ia padaku.
-9hb Syawal 1431H-

Tidak kurang beberapa saat tadi, sebelum aku mula menulis post ini, aku terlebih dahulu menziarahi blog seorang rakanku. Syahdu hati ini membaca rintihan hatinya. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusannya. Moga-moga hatinya sentiasa ditenangkan dengan kasih sayangMu.
Tiba-tiba hati ini seakan terusik, aku tertanya, Ya Allah, dimanakah aku sekarang? Dimanakah hati aku sekarang? Ya Allah, janganlah Kau hukum hambaMu ini dengan berjauhan dengannya. Sesungguhnya, diri ini diri yang lemah, hati ini hati yang lalai, kasihani diri ini Ya Allah. Biarlah aku dapat merasai kasih sayangMu. Bantulah hambaMu ini dalam jihadnya untuk mencintai diriMu.
Ramadhan semakin beransur pergi, tapi aku tak merasakan diri ini sudah cukup ditarbiah. Ya Allah, aku mohon kepadaMu moga-moga diri ini tetap ditarbiah. Diharapkan dengan itu, aku tidak jauh dariMu. Kadang-kadang, hati ini terdetik juga, adakah diri ini telah memberi manfaat untuk saudara-saudaranya yang lain? Ya Allah, Kau bantulah aku untuk membantu saudara-saudaraku yang lain. Banyak masalah yang telah timbul dihadapanku, namun aku seperti dinding yang tidak bersuara, seperti batu yang tidak bernyawa. Aku ibarat tiang yang sombong berdiri untuk diri sendiri tanpa ada rasa untuk menyokong bahagian-bahagian yang lain.
Hidup untuk memberi lebih indah. Moga-moga hidup aku selepas ini banyak dimanfaatkan untuk memberi. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Ameen...
-27 Ramadhan 1431H-

Alhamdulillah...Akhirnya, diri ini mampu menjejaki Ramadhan kali ini. Walaupun tiada lagi jaminan bahawa diri ini mampu berada dalam bulan ini selengkapnya, hati ini tetap bersyukur.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami,rahmatilah kami dan jauhkanlah kami dari siksaan api neraka. Ya Rabbi, Kau kurniakanlah kami hidayahMu. Moga-moga, Ramadhan kali ini mengajar kami,mendidik hati-hati kami dan memberi makna kepada kami. Kau berkatilah kami untuk Ramadhan kali ini.Ameen~

20 Sya'ban 1431H... Lebih kurang 10 hari lagi Ramadhan bakal menjelma. Adakah diri ini masih berkesempatan menemui Ramadhan yang akan datang. Allahumma Balliqni Ramadhan, Allahumma Balliqni Ramadhan, Allahumma Balliqni Ramadhan.
Banyak pendapat yang menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan-syaitan diikat. Ramadhan adalah bulan di mana setiap dari kita berpeluang melawan hawa nafsu sendiri 'one by one'. Sejauh manakah kita boleh mengawal dan membentuk hawa nafsu kita, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Ya Allah, kentalkanlah setiap jiwa Muslim, moga-moga setiap dari kami dapat menjadi a'bid yang diredhaiMu dan khalifah yang terbaik di muka bumiMu ini.
Hebatnya syaitan bilamana dia dapat mempengaruhi manusia dengan bisikan-bisikan nistanya. Kadang-kadang, kita diselubungi rasa keliru siapa yang patut kita pentingkan pandangannya. Adakah pandangan diri yang sahih? Atau adakah pandangan orang lain yang melihat kita adalah lebih layak untuk didengar? Hebatnya syaitan bilmana jika ada saudara-saudara seIslam kita yang menegur kesilapan kita, dia akan memberi kita 1001 alasan untuk membuktikan kita berada di pihak yang benar. Malangnya, orang yang berada di pihak yang benar seringkali ketandusan idea untuk membuktikan kenyataan mereka benar.
Walaupun begitu, Al-Quran telah terlebih dahulu menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan di muka Bumi ini. Ciptaan terbaik sepatutnya perlu menjadi yang terhebat. Jadi, jelaslah manusia memang diciptakan untuk menjadi hebat. Akan tetapi, mujahadah yang perlu dilakukan untuk menjadi hebat bukanlah semudah itu. Banyak yang perlu dilakukan. Pemurahnya Allah, Dia hadiahkan manusia dengan bulan Ramadhan sebagai satu bulan didikan untuk hamba-hambaNya. Moga-moga, Ramadhan kali ini dapat menjadi bulan dimana kita bersedia untuk dididik dan mendidik.
Hebat atau tak bergantung pada diri sendiri. Moga-moga nadi kita terus berdenyut dengan rasa ingin menjadi lebih hebat. Menjadi hebat bukanlah beerti supaya mendapat tumpuan ramai. Menjadi hebat beerti menjadi hebat pada pandangan Allah dengan menjadi A'bidNya yang soleh.Ameen...

Alhamdulillah...
Harap-harap dipermudahkan Allah atas segala urusan~

"Wahai sayap kiri perjuangan...Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu..Dan janganlah engkau sesekali merendahkan dirimu..Menggugurkan diri..Menyembah tanah..Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu.."
-Status terakhir adindaku di laman facebooknya.-
Pertama kali berjumpa adalah semasa sesi temuduga junior-junior untuk jawatan 'Welfare Bureau of PRESSS'. Mungkin semasa itu, diriku masih tidak begitu mengenali dirinya. Kami mula bermesej bilamana 'AGD PRESSS' hampir tiba. Mungkin dia agak berdebar untuk bermanifesto pendek pada AGD itu nanti. Banyak soalan yang ditanyakan kepadaku.Selepas AGD itu berakhir,dia tidak terpilih untuk jawatan 'ASST HEADCOMM WELFARE'. Tapi, kami telah memilihnya untuk menjadi setiausaha.
Dia seorang yang sangat ceria dan selalu tampak cergas. Hampir setiap malam dia akan mesej untuk ucapkan selamat malam. Walaupun ucapan itu nampak ringkas, tapi katanya dulu, baginya ia amat bermakna. Pernah sekali diri ini membalas mesej itu pukul dua pagi lebih kerana ada assignment yang masih belum disiapkan. Aku tidak sedar yang tindakan ini telah membuatkan dia risau. Dia terus membalas mesejku untuk bertanyakan khabar.hehe. "Terima kasih adindaku sayang."
Dulu, setiap kali pergi melawat biliknya, dia mesti akan tercari-cari makanan untuk menjamuku. Ingat lagi, pernah sekali, tinggal hanya sebiji pisang dibiliknya. Tapi,dia tetap mahu memberinya padaku. Manisnya pisang tu. Habis sahaja pisang itu aku jamah, terasa ingin lagi satu. Acap kali jugak selepas itu aku bertanya teman-teman sebilikku, dimana lagi pisang ada terjual? Sampaikan ada yang bertanya, "Waida suka makan pisang erk?" Masa tu, tak tahu bagaimana harus ku jawab. Sebab musababnya seperti ada yang tidak kena.hehe. "Terima kasih Atim. Sebenarnya, sampai hari ni, kak Waida tak jumpa-jumpa pun pisang yang macam Atim bagi dulu"
Apabila diriku telah berhijrah ke Kampus Kuantan, lama rasanya kami tidak berhubung. Tapi, jauh disudut hatiku, aku menunggu dia untuk berjumpa di Kampus Kuantan. Tak sampai sebulan lagi masanya. Namun Allah lebih menyayangi hambaNya itu.
"Fatima Zurwanti bt Zukifly telah pulang ke Rahmatullah jam 2.10pm 16 Jun 2010,4 Rej 1431H. Sama-sama kita berdoa agar Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.Al-Fatihah."
-Innalillahi Wainna ilaihi Rajiuu'n-

Alhamdulillah..akhirnya...
Ya Allah, aku bersyukur padamu Ya Allah..
Sesungguhnya, tiada apa pun yang layak diterima oleh hambamu ini.
Namun, atas sifat Ar-RahimMu, Kau murahkan juga rezkiku..
ALHAMDULILLAH...;)
-30 Jamadil Akhir 1431-

Beramalah kalian untuk akhirat kalian! Karena sesungguhnya barangsiapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah akan mencukupi untuknya perkara dunianya. Perbaikilah amalan-amalan hati kalian, niscaya Allah akan memperbaiki amalan-amalan lahir kalian. Perbanyaklah mengingat kematian dan persiapkanlah bekal dengan sebaik-baiknya untuk menempuh perjalanan akhirat sebelum datang kepada kalian pemutus dan penghancur segala kelezatan (kematian).
(Umar bin Abdul Aziz)

Post kali ini bukanlah lebih kepada satu peringatan. Tapi lebih dekat untuk dikatakan satu luahan rasa. Baru semalam ada benda yang dinanti-nanti oleh diri ini telah berlaku. Bezanya, benda itu bukan berlaku seperti yang diharapkan. Tiba-tiba, diriku keliru. Adakah apa yang berlaku ini betul? Atau mungkinkah apa yang difikirkan oleh diri ini lebih perlu diutamakan?
Diri ini tak langsung resah atau gelisah bahkan tidak langsung merasa ragu untuk mengikut apa difikirkan, apa yang sedang dirasai oleh hati. Tapi, diri ini tiba-tiba rasa rindu kepada Rabbnya. Terasa ingin semakin hampir kepada Rabbnya supaya apa yang dia telah lakukan adalah bertetapan dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Rabbnya kepada dirinya.
Ya Allah, kerdilnya diriku ini Ya Allah. Aku mula merasakan hati ini mula tersiksa bilamana diriku jauh denganMu. Tersiksa bilamana hari-hariku yang sedang aku redahi, hari-hariku yang telah lepas dan hari-hariku yang akan datang, adakah setiap langkahku diredhaiMu Ya Allah? Wahai Tuhanku, kau ampunilah dosaku. Kau tsabitkanlah diriku kepada agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Ya Allah, biarlah hari-hariku selepas ini hadir dengan keredhaanMu. Aku buntu, Ya Allah, bilamana aku jauh denganMu. Bantulah hambaMu ini, Ya Allah. Rabbi Yassir Wala Tua'ssir~

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
~Khaibar, Khaibar Ya Yahud..Jaisyu MUHAMMAD Saufa Yau'd~
Alhamdulillah…Baru selesai habiskan buku ‘Peperangan Rasulullah S.A.W.’ karya Hj. Ahmad Adnan Fadhil dan Hj. Riduan Mohd Nor. Walaupun tajuk buku ini agak berat, sebenarnya penulis-penulis telah cuba menghuraikan dengan mudah dan ringkas isi-isi buku ini. Jadi,buku ini boleh dikategorikan sebagai bahan bacaan yang ringan.
Terdapat tiga marhalah jihad dakwah di Mekah yang disebut dalam buku ini. (Dalam buku tu tulis 4 marhalah,tapi yang ke-4 tu tak diberitahu la pulak. Mungkin yang ke-4 itu di Madinah kowt.)
i Marhalah pertama
a. Kerahsiaan Dakwah bersama Kerahsiaan Tanzim
b. Bermula dari awal penurunan wahyu & berterusan selama 3 tahun
ii Marhalah kedua
a. Menjaharkan Dakwah dan Merahsiakan Tanzim
b. Bermula pada awal tahun ke-4 keNabian & berakhir selepas tahun sedih (tahun ke-10 keNabian)
iii Marhalah ketiga
a. Menjaharkan Dakwah dan Tanzim
b. Bermula selepas tahun sedih & berterusan sehingga Hijrah
Sengaja saya menyalin kembali apa yang tertulis dalam buku ini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bahkan untuk menyuluh kembali bahawa jihad dakwah itu memerlukan perancangan yang rapi dan teratur. Sepanjang hayat Baginda S.A.W. , Baginda telah memimpin sebanyak 28 Ghazwah dimana 9 daripadanya berlaku pertempuran dengan musuh manakala 19 lagi tidak berlaku pertembungan kerana musuh melarikan diri. Manakala jumlah Sariyah yang diutuskan 50 semuanya jika dicampur dengan Bi’sah hampir 60 kesemuanya. Jadi, Ghazwah + Sariyah + Bi’sah = telah mencapai angka 80 kali,hampir2 90. Buku ini juga telah membuat sinopsis untuk 82 jihad dakwah (tapi yang no.49 punya tercicir).
Jadi, jika satu peperangan itu telah melahirkan 10 orang syuhada’, rasanya semua dah boleh membayangkan sudah berapa banyak syuhada’ telah dilahirkan untuk dakwah Islamiah semasa zaman Rasulullah S.A.W. Kalu ditambah lagi zaman para sahabat, tabi’ dan tabi’ tabiin? Tidak ketinggalan pula pada zaman sekarang. MasyaAllah, adakah kita akan digolongkan dalam golongan ini.
Pada masa ini, sukarelawan Gaza sedang berjuang untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin. Ya Allah, aku tidak termasuk dalam golongan yang berlawan arus meredah lautan ke sana. Tapi,semua sukarelawan Islam itu adalah saudara-saudaraku, rakyat Islam di Palestin itu juga adalah saudara-saudaraku. Kau ampunilah dosaku Ya Allah dan terimalah doaku untuk mereka semua. Kau berilah kemudahan serta kejayaan kepada saudara-saudaraku itu. Laknatlah tentera Zionis itu, dan berilah pembalasan yang setimpal kepada mereka.Ameen Ya Rabb.
-17 Jamadil Akhir 1431H-

[AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ]
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw.:
"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
H.R. Ibnu Ady
Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa carayang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi Si Jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lahkejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil
dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.Wa i'yazubillah~

Kenapa bukan 'itu'? Kenapa 'ini'? Banyak persoalan yang tak mungkin dijawab lantaran ceteknya pemikiran kita sebagai manusia.
Kadang-kadang kita cuba untuk mempersoalkan sesuatu tanpa kita sedari kita bukanlah yang selayaknya berbuat demikian. Di hari yang lain pula, kita bimbang andai apa yang kita harapkan tidak tertunai sedangkan kita mengimani Penunai Hajat Yang Agung yakni Allah.
Sejarah telah banyak membuktikan tidak ada seorang insan pun di dunia ini yang meyakini Allah sepenuh hatinya tetapi akhirnya meninggalkan dunia ini dengan rasa kekesalan. Semua mereka merasa seakan-akan terpanggil untuk menemui Rabnya. Bagaimana Saidina Abu Bakar sendiri tak mahu diubati tabib kerana merasakan ada Tabib yang lebih hebat akan mengubatinya. Beliau seakan-akan menanti-nanti untuk bertemu Kekasihnya. Bagaimana pula kita? Dimana aras iman kita sekarang? Sudah mampukah untuk menjadi banjir yang bakal merubah dunia?

Ya Allah,sesungguhnya hati ini selalu berharap andai apa pun takdirMu, aku akan merasa redha terhadapnya kerana Engkau adalah tuhan Pencatur Alam Yang Maha Bijaksana. Ya muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala dinika watho'atik...
-14 JamadilAwwal 1431H-

~Napa plak ni?? Rasa camna tulis something kat sini tadi,tapi tak tau plak camna nak mula.~
Baru-baru ni, saya menghadiri satu kursus jenazah. Bukan setakat menghadiri, tapi group saya masa tu kena bentang tentang pengurusan jenazah. Sehari sebelum tu, kami semua dah mula wat 'preparation' untuk 'presentation' tu. Insaf rasanya bila ingatkan mati. Bila teringat yang mati tu sentiasa dekat ngan kita, kita akan tertanya, "Cukupka amal yang kita lakukan selama ni? Kalu dah ditolak, ditambah, dibahagi dan didarab pulak, camna agaknya keputusan dia?"

~Ya Allah, Sesungguhnya hambaMu ini hamba yang lemah. Kau rahmatilah aku, kasihanilah aku dan bantulah aku. Janganlah kau biarkan diriku sentiasa disibukkan dengan hal dunia sehinggakan aku melupakan destinasi sebenarku.~
Belakangan ini, langit uia tak memancarkan cahaya terik seperti sebelum ini. Kadang-kadang, ia seperti 'menangis sayu' dan ada kalanya ia seperti 'meraung'. SubhanaAllah, hebat ketentuan Allah. Andai alam ini sentiasa sama pada setiap hari, tentu jemu penduduknya. Maka, bolehlah kita simpulkan di sini yang sebenarnya setiap yang berlaku ke atas kita ada indahnya. Dimana indahnya? Sejauh mana keindahannya? Selama mana indahnya? Itu semua bergantung kepada kita sendiri.
Sabda Rasullullah(saw) yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan.
Bertitik tolak dari sini, setiap yang kita lakukan perlulah diniatkan kerana Allah atas asbab setiap yang kita akan niatkan itu pasti adalah yang indah. Tak pernah rasanya seorang pencuri yang ingin mencuri, berniat untuk mencuri kerana Allah. Jadi wahai hati-hati yang lalai(merujuk pada diri penulis terutamanya), pastikan setiap langkahmu dimulakan dengan niat kerana Allah supaya kita tak mudah tergelincir. Bilamana kita dapat mencari keindahan itu, lakukan yang terbaik untuk mencapai tahap keindahan yang tinggi dan istiqamahlah moga-moga keindahan itu sentiasa disisi.
~Ya Mujibus Sailin, Kau ampunilah dosaku, terimalah taubatku dan perkenankanlah hajatku untuk sentiasa berada dijalanmu; dimana hidupku dan matiku sentiasa diredhaiMu~
[Final exam dah pun start, moga-moga perasaan indahnya study tu dapat dirasai.Ameen...]
-7 RabiulAkhir 1431-

Salam...Lama rasanya laman blog ini tak diisikan dengan post yang baru. Bukan tak selalu buka, tapi tak mempunyai idea untuk menulis sebenarnya.
Cepat betul masa berlalu untuk sem ni.Tak sempat nak study,dah exam. Tak sempat nak habis baca,dah sampai masa untuk tidur. Tak sempat nak mimpi panjang, dah kena bangun awal.(hehe...sebenarnya tak pandai bahagikan masa tu).
Kata ulama' terdahulu: "Benda yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu". Jauh rasanya nak mengejar masa yang telah berlalu. Mustahil untuk dapatkan ia semula. Teringat kembali kata-kata Ustaz Yusof semasa belajar di MMAS dulu,"Kesal itu tidak pernah berada di hadapan". Kita menyesal untuk sesuatu yang dah berlalu. Kita menyesal untuk sesuatu yang mustahil untuk kita ubah.Dan yang pentingnya, kita tak akan pernah kesal untuk sesuatu yang belum berlaku. Jadi, kita perlu melakukan apa yang ada pada hari ini sebaik mungkin supaya kita tak menyesal pada esok hari.

Ayuh,HUWAIDA BINTI ABDUL AZIS!!! Usah memandang apa yang sudah berlaku. Jangan terlalu memikirkan apa yang akan berlaku. Lakukan sesuatu untuk hari ini sebab ia akan mempengaruhi apa yang akan berlaku pada esok hari.
Maat Taufiq Wannajah..
-14 Safar 1431H-