Wahwah..rupanya blogspot ni dah ada byk perubahan..Dah laen dah page untuk tulis post. Tak tau nak tulis apa sebenarnya, tapi rasa teringin nak tulis. So,conteng jela yang mana patut.
Dah seminggu Pilihan Raya Kampus berlalu. Bukan Election Day, tapi Reelection Day. Setiap yang berlaku insyaAllah ada baik buruknya. Mana yang buruk, kita perbaiki. Mana yang baik, kita pakai.hOhO
Sekalung tahniah buat yang layak memegang amanah. Sesungguhnya apa yang ada hari ini semuanya kehendak Allah. Jika Allah memberi peluang untuk kita memegang amanah, bukanlah semestinya hanya kerana kita lebih layak, tapi mungkin kerana Allah mempunyai sesuatu untuk kita. Mungkin Allah ingin memberi kita peluang menjadi insan yang lebih banyak berbakti kerana kadang-kadang amanah itu dapat memotivasikan kita untuk berubah. Mungkin Allah ingin memberi peluang untuk kita memperbanyakkan amalan kita. Dan mungkin juga Allah mahu menguji kita. Apapun, Allah Maha Mengetahui akan setiap aturanNya dan jika sesuatu menimpa kita maka bersyukurlah, kerana itu tandanya Allah masih ingatkan kita.
Ada yang mengucapkan takziah kepada yang terpilih memegang amanah lantaran yang memegang amanah itu dilihat sebagai yang akan menanggung beban amanah itu di akhirat nanti. Katanya kita 'memegang' amanah hari ini, tapi amanah itu terpaksa 'ditanggung' di sana. Jadi layaknya diberi ucapan tahniah dan takziah. Apapun, semua ini hanyalah pendapat. Bagiku, ucapan tahniah itu perlu disampingkan dengan doa. Tak perlu ber'takziah' lagi. Mensyukuri apa yang Allah tetapkan dan berdoa semoga Allah memberi hidayah serta kebaikan-kebaikan yang lain. Allah tidak melihat apa yang dicapai, apa yang diusahakan itulah lebih utama. Selagi kita berusaha, yakinlah Allah pasti membantu. Bagaimana dan Bila??? WaAllahu A'lam.
Menjalani hari-hari sebagai pelajar tahun akhir memang menguji. Semoga aku dan kawan-kawanku yang lain sentiasa diberi hidayah, kekuatan dan kemudahan. Ameen Ya Rabb.
Semoga sentiasa berbakti~(^_^)