Bercuti di Sunway Pyramid Hotel ni melibatkan ibu dan Asmaa ja tau. Abah Asmaa kena hadiri conference kat sini🤣. Alhamdulillah. Bila jadi suri rumah ni, antara kelebihannya adalah tak perlu minta cuti untuk ikut suami pergi 'outstation'. Boleh ja ikut sementara anak masih kecil dan tak bersekolah.
Conference Abah kali ni di Sunway Pyramid Convention Centre. Jadi, boleh menginap di Sunway Pyramid Hotel ni. Hotel ni memang terletak satu bangunan dengan Sunway Pyramid Shopping Complex. Jadi, tak jauh kalau nak turun beli makanan atau barang keperluan. 7Eleven dan kedai-kedai makan biasa pun tak terlalu jauh dari hotel.
Apa yang bestnya bila masuk hotel ni, ada sofa yang panjang sangat kat bahagian lobi (maaf, tiada gambar) memang muat untuk ramai orang duduk menunggu. Tempat parkir kereta pun disediakan. Keluasan bilik memang muat untuk kita solat. Pantri pun setaraf dengan Grand Lexis Hotel. Ada juga disediakan air tin percuma di dalam petisejuk mini.
Ini pemandangan bila kita masuk pintu utama bilik. |
Cantik sangat dekorasi lampu dinding di belakang katil ni, ala-ala bintang gitu |
Bilik air dan almari seperti biasa berada bertentangan antara satu sama lain, di bahagian tepi selepas pintu utama bilik di buka. Bagi saya, bilik air ni pun setaraf dengan hotel lain, cuma saya mungkin tak begitu gemar dengan konsep tandas tanpa pili air. Hihi😅. Tapi, bilik mandi memang mesra OKU.
Kalau tengok di cermin sinki, mangkuk tandas terletak bertentangan sinki. |
Bagi orang kampung macam saya, saya tak suka sangat konsep tandas tanpa pili air ni.😁 |
Bilik mandi hotel ni juga mesra OKU. |
Almari pakaian yang berpintu cermin terletak bertentangan dengan bilik air. |
Semasa kami menginap di sini, sarapan pagi terletak di Sunway Resort Hotel and Spa. Jadi, terpaksa berjalan jauh ke bangunan sebelah. Tapi, bangunannya seolah-olah bersambung gitu. Ada tempat berjalan berbumbung yang memang disambungkan ke situ dan ke Taman Tema Air Sunway Lagoon. Boleh juga la nak skodeng Sunway Lagoon dari situ.
Asmaa tengok je Taman Tema Air Sunway Lagoon dari jauh tanpa perasaan. Hihi🤣 |
Alang-alang, sempat juga pergi berjalan ke Sunway Pyramid Shopping Complex. Selain tempat makan dan membeli-belah, tempat main ice skating dan games memang satu tarikan di situ. Meh, saya belanja sikit gambarnya😄. Sikit je 😅 yang boleh tangkap sebenarnya sebab Asmaa memang aktif. Kang ibu dok seronok tangkap gambar, anak dah ke mana-mana pulak.
Boleh tengok ja orang lain main ice skating. |
Mainan ni memang Asmaa minat dan memang dia dah tahu macam mana nak naik sendiri. Ibu dia tak payung sangat, tak letak coin pun, biar ja dia boleh naik dan pegang stereng. |
~Semoga bermanfaat~