Kenapa bukan 'itu'? Kenapa 'ini'? Banyak persoalan yang tak mungkin dijawab lantaran ceteknya pemikiran kita sebagai manusia.
Kadang-kadang kita cuba untuk mempersoalkan sesuatu tanpa kita sedari kita bukanlah yang selayaknya berbuat demikian. Di hari yang lain pula, kita bimbang andai apa yang kita harapkan tidak tertunai sedangkan kita mengimani Penunai Hajat Yang Agung yakni Allah.
Sejarah telah banyak membuktikan tidak ada seorang insan pun di dunia ini yang meyakini Allah sepenuh hatinya tetapi akhirnya meninggalkan dunia ini dengan rasa kekesalan. Semua mereka merasa seakan-akan terpanggil untuk menemui Rabnya. Bagaimana Saidina Abu Bakar sendiri tak mahu diubati tabib kerana merasakan ada Tabib yang lebih hebat akan mengubatinya. Beliau seakan-akan menanti-nanti untuk bertemu Kekasihnya. Bagaimana pula kita? Dimana aras iman kita sekarang? Sudah mampukah untuk menjadi banjir yang bakal merubah dunia?
Ya Allah,sesungguhnya hati ini selalu berharap andai apa pun takdirMu, aku akan merasa redha terhadapnya kerana Engkau adalah tuhan Pencatur Alam Yang Maha Bijaksana. Ya muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala dinika watho'atik...
-14 JamadilAwwal 1431H-