Minyak Masak; Jenis Berbeza, Khasiat dan Kegunaan Berbeza

By Huwaida - Februari 23, 2018

Terdapat begitu banyak jenis minyak masak yang dijual pada masa sekarang. Pernah sekali saya keliru antara jenis minyak masak yang dijual, yang mana satu yang sesuai untuk kegunaan masakan. Kalau baca label setiap jenis minyak itu, memang kita dapat lihat khasiat yang boleh didapati pada setiap minyak masak adalah lebih kurang sama.


Sebenarnya setiap minyak masak mempunyai kegunaan yang berbeza. Ada minyak yang tak sesuai digunakan untuk menggoreng. Hal ini kerana, minyak tersebut mempunyai smoke point yang rendah. Ada juga minyak yang perlu dikurangkan pengambilannya kerana dapat menyumbang kepada risiko sakit jantung.

Jadi, pemilihan minyak untuk masak juga perlukan ilmu. Jangan terpedaya dengan hanya melihat label dan anda terus membuat keputusan untuk membeli. Setiap pengeluaran produk yang dilakukan pasti ada kegunaannya yang tersendiri. Oleh itu, jangan memperlekehkan satu sama lain.

Apapun, sengaja saya letak entry saya kali ini dalam catatan 'Bebelan'. Sebab saya mahu kita semua sedar akan perkara ini. InsyaAllah, saya akan cuba untuk menulis lebih detail pada entry seterusnya. Anda boleh klik link yang saya berikan di SINI untuk mengetahui kenapa minyak kelapa sangat sesuai untuk digunakan semasa menggoreng.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan