Nutriferon Penggalak Sistem Imuniti

By Huwaida - Ogos 16, 2020

Nutriferon Granules Shaklee memang sesuai digunakan untuk meningkatkan sistem imuniti. Bagi yang belum terbiasa dengan istilah 'sistem imuniti', sistem imuniti badan berfungsi melindungi kita daripada dijangkiti penyakit. Keupayaan sistem imuniti ini boleh dikekalkan  keberkesanannya dengan gaya hidup yang sihat yang bermula pada usia muda.

Kalau nak tahu, Nutriferon Granules Shaklee ni memang diformulasi untuk menjaga sistem pertahanan badan agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat, dan berfungsi secara semulajadi. Jadi, bukan Nutriferon yang jadi benteng pertahanan badan. Tapi, Nutriferon ni bantu sistem pertahanan badan kita berfungsi dengan lebih baik.

Untuk pengetahuan, ada yang umpamakan Nutriferon ini sebagai 'penggera'. Ianya dengan pantas dapat mengaktifkan perisai semulajadi badan, menjadikan sistem pertahanan badan lebih kuat dan tahap kesihatan yang lebih baik. Terujakan bila ada makanan tambahan yang boleh aktifkan sistem imuniti badan kita? Terutamanya, bagi mereka yang kurang menggayakan hidup yang sihat.

Apa Kandungan Nutriferon?

Nutriferon Granules mengandungi campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago, dan bunga japanese honeysuckle. Empat bahan utama dalam Nutriferon Granules ini secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan dan menguatkan badan.


Bahan utama dalam Nutriferon


Bungkusan baru Nutriferon

Antara kebaikan bahan dalam nutriferon adalah:

1. Biji labu 

- Merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh


2. Biji plantago asiatica 

- Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.


3. Honeysuckle Jepun 

- Menentang penceroboh virus dan kuman.


4. Bunga safflower 

- Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

Kandungan satu sachet Nutriferon

Keistimewaan Nutriferon Granules Shaklee

Nutriferon Granules ini bukan dihasilkan secara membuta tuli. Nutriferon Granules adalah hasil daripada penyelidikan dan penghasilan yang mengambil masa bertahun-tahun. 

Bermula pada tahun 1970, Dr Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkenal di dunia, bersama rakan-rakan penyelidiknya, menyaring, menguji, dan menilai lebih daripada 200 ramuan yang berbeza.

Akhirnya selepas kajian hampir 40 tahun, empat bahan botani berasal daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago, dan bunga japanese honeysuckle dipilih untuk campuran Nutriferon Granules kerana keberkesanannya dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Formulasi istimewa Nutriferon ini hanya boleh didapati eksklusif dari Shaklee sahaja.

Sebenarnya hampir setiap hari, badan kita tidak putus-putus ‘diserang’ oleh patogen dan kuman berbahaya dari persekitaran. Tetapi, pemakanan  dengan nutrisi yang tidak seimbang, stress, pencemaran dan keletihan dengan tugas harian melemahkan fungsi pertahanan pada badan kita. Atas asbab musabab itulah, kita disarankan untuk mengambil interferon seperti Nutriferon ni.


Apa Itu Interferon?

Interferon ialah pengaktif kritikal sistem imun kita. Ia mengawal selia tindakbalas sistem imun terhadap virus, kuman dan bahan-bahan asing lain (patogen) yang cuba menembusi lapisan pertahanan tubuh.

Ia juga membantu memberi perlindungan terhadap pelbagai kuman berbahaya yang merupakan punca penyakit-penyakit berjangkit. Jadi, menggalakkan penghasilan interferon di dalam tubuh adalah penting untuk memastikan sistem pertahanan dapat berfungsi dengan optimum.





Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang Nutriferon ni.



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan