Usaha Sampai Orang Lain Boleh Tumpang Makan

By Huwaida - Februari 26, 2018



Sebenarnya, dua tiga hari ini sedang usahakan untuk tulis artikel yang dijanjikan. Tapi masih sedang berusaha untuk mencari maklumat sahih. Bila intai dekat iReach Group terjumpa artikel menarik ini. jadi, saya nak kongsikan dengan orang lain supaya ada yang termotivasi dengan kata-kata di atas.

Ramai dikalangan kita nak berbisnes yang pada mulanya hanya nak bantu suami, nak tambah pendapatan,nak bagi keselesaan pada keluarga, nak pergi bercuti,dan tak lupa juga yang nak bagi pada mak ayah. 
Percayalah semua orang nak ada wang tambahan, tapi berapa banyak? atau hanya sekadar "bolehlah cukup-cukup makan, bolehlah setakat nak belanja rumah". 
Tak lupa jugak yang buat bisnes hangat-hangat tahi ayam, mulanya bersemangat kemain macam-macam nak buat, pegi seminar, beli ebook, traning dan apa jugak jenis kelas mak nenek join. Tapi akhirnya duit lebur 'result' kosong, paling sedih rugi pulak tu.  
Admin faham, ilmu perlu dituntut, nak pergi boleh je tiada masalah, tapi yang penting 'action' mesti ada. Dalam bisnes, istiqamah dan juga 'action' perlu selari barulah dapat 'result oriented' dan sekadar peniaga cap ayam, usaha hanya untuk cukup-cukup makan sahaja.  
So macam mana nak buat supaya usaha yang buat ni boleh sampai kita boleh bantu orang? 
1. Rancang perjalanan bisnes kita untuk 1 tahun 3 tahun dan 5 tahun akan datang. 
Kesilapan kita dalam bisnes kita tak pernah nak ada impian dan perancangan, eh jap, ada perancangan tapi semua dalam kepala otak je. Bila sebut pasal peracangan ianya perlu dikeluarkan oleh itu tulis dalam buku supaya melekat di minda dan kita perlu yakin dengan apa yang kita nak capai.  
2. Cari group support untuk bimbingan 
Cari bisnes yang ada group boleh guide anda, dan group itu sentiasa terbuka dan membimbing anda untuk capai target dalam bisnes. Bila ada group support tak adalah istilah langgar dinding sorang-sorang lepas tu 'down' sorang sorang, akhirnya bisnes kecundang. 
3. Simpan walaupun sedikit 
Setiap kali anda ada keuntungan asingkan supaya anda boleh nampak pencapaian pendapatan anda, takdelah 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. walaupun hanya mampu simpan sedikit, tetap simpan, jadikan satu tabiat sampai satu tahap anda boleh berkembang dengan simpanan keuntungan anda.  
Jadi bila bisnes dah berkembang maju, boleh lah bawa ahli keluarga melancong, bagi hadiah pada anak-anak, wang saku lebih pada mak ayah dan tak lupa juga reward pada diri sendiri, itu anda tentukan sendiri lah.  
Barulah usaha yang tak sia-sia, Bukan sekadar kita dapat manfaat orang sekeliling kita juga dapat. 

Tips dari #iReachPreneur ni memang terbaik sangat. Silalah amalkan.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan