Salam...Lama rasanya laman blog ini tak diisikan dengan post yang baru. Bukan tak selalu buka, tapi tak mempunyai idea untuk menulis sebenarnya.
Cepat betul masa berlalu untuk sem ni.Tak sempat nak study,dah exam. Tak sempat nak habis baca,dah sampai masa untuk tidur. Tak sempat nak mimpi panjang, dah kena bangun awal.(hehe...sebenarnya tak pandai bahagikan masa tu).
Kata ulama' terdahulu: "Benda yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu". Jauh rasanya nak mengejar masa yang telah berlalu. Mustahil untuk dapatkan ia semula. Teringat kembali kata-kata Ustaz Yusof semasa belajar di MMAS dulu,"Kesal itu tidak pernah berada di hadapan". Kita menyesal untuk sesuatu yang dah berlalu. Kita menyesal untuk sesuatu yang mustahil untuk kita ubah.Dan yang pentingnya, kita tak akan pernah kesal untuk sesuatu yang belum berlaku. Jadi, kita perlu melakukan apa yang ada pada hari ini sebaik mungkin supaya kita tak menyesal pada esok hari.
Ayuh,HUWAIDA BINTI ABDUL AZIS!!! Usah memandang apa yang sudah berlaku. Jangan terlalu memikirkan apa yang akan berlaku. Lakukan sesuatu untuk hari ini sebab ia akan mempengaruhi apa yang akan berlaku pada esok hari.
Maat Taufiq Wannajah..
-14 Safar 1431H-