Sebab Berlakunya Keguguran Janin

By Huwaida - Februari 08, 2018

Apabila berlakunya keguguran kandungan, wanita secara kebiasaannya akan tertanya-tanya sebab berlakunya keguguran tersebut. Adakah atas kesalahan mereka keguguran berlaku atau atas sebab lain? Apapun, jangan salahkan diri sendiri dahulu kerana pada kebiasaannya penyebab kepada keguguran tidak dapat diketahui secara jelas.


Keguguran tidak berlaku disebabkan rutin senaman atau seks yang biasa, atau diet harian secawan kopi. Menurut American Pregnancy  Association (APA), faktor biasa yang menyebabkan keguguran adalah berlakunya kebarangkalian abnormal kromosom atau genetik pada embrio. 

Apabila terdapat sebarang ketidaknormalan kepada embrio yang terbentuk, embrio tersebut tidak dapat meneruskan pertumbuhan yang sepatutnya. Dan berlakulah keguguran kerana sememangnya tugas badan kita untuk mengeluarkan  apa yang tidak perlu dari tubuh. Disebabkan itulah ada dikalangan kita yang keguguran tanpa sebab yang jelas diketahui. 

Antara faktor risiko lain yang menyebabkan berlakunya keguguran adalah:
  • Pengambilan alkohol, dadah atau ubat tertentu
  • Merokok
  • Listeria (sejenis bakteria yang terdapat pada telur dan daging mentah, serta produk tenusu yang tidak dipasteurisasi)
  • Berlaku fizikal trauma kepada ibu mengandung (contohnya kemalangan jalan raya atau deraan secara fizikal)
  • Terdapat ketidaknormalan paras hormon atau bentuk struktur rahim ibu (contohnya paras hormon progesteron yang rendah atau terdapat fibroid di kawasan uterus ibu)
  • Umur ibu yang telah lanjut (lebih 40 tahun ke atas)
  • Sakit kronik seperti diabetes yang tidak terkawal, atau penyakit tiroid.
  • Jangkitan seperti penyakit Lyme

Anda juga boleh membaca tanda-tanda keguguran di SINI. Adalah dinasihatkan untuk anda berpantang sebelum merancang untuk mengandung lagi. Anda juga boleh membaca kepentingan berpantang di SINI

Mengikut APA, sekurang-kurangnya  85% wanita yang mengalami keguguran pada kehamilan yang pertama berjaya untuk menjalani kehamilan penuh selepasnya. Jadi, bagi yang pernah mengalami keguguran terutamanya untuk kehamilan pertama, usaha, doa dan yakinlah anda juga mampu mengandungkan kandungan yang sihat. 

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan