Cara "Jogging" Yang Betul

By Huwaida - Oktober 26, 2018


Bukan semua orang yang suka berjogging. Ada orang yang bila diajak berjogging, macam-macam keluhan dan alasan dia nak bagi. Sayalah tu😏. Bukan apa, sebab rasa jogging ni memenatkan sangat. Buat sekali ja, lepastu tak nak dah buat.

Tapi sebenarnya, kalau kita tahu cara jogging yang betul, kita akan rasa nikmatnya dapat berjogging. Sampai boleh 'addicted' tau. Bukan cakap kosong, saya pernah cuba cara ni. Dan sekarang sebab tak boleh nak jogging lagi, rasa rindu sangat. Asyik teringat dan selalu cakap kat diri sendiri, lepas ni bila dah boleh jogging, nak jogging puas-puas. Pastu nak sertai mana-mana acara larian amal.

Sebenarnya saya dapat tahu cara berjogging yang betul melalui video oleh Professor Hiroaki Tanaka (Japanese running guru). Berikut saya kongsikan antara perkara utama yang perlu kita pastikan semasa berjogging:

1) Pastikan langkahan yang diambil tidak terlalu besar, cukup sekadar seperti berjalan dan bahagian kaki yang pertama mendarat adalah pada bahagian tengah.

2) Bahagian belakang badan perlu tegak dan kepala mendongak ke hadapan.

3) Rehatkan bahagian bahu supaya tangan kita akan bergerak mengikut irama larian kita.

4) Bernafas seperti biasa. Jika kita masih boleh bercakap ketika berjogging, ini bermaksud kita berjogging dalam kelajuan yang betul.

Nak lebih jelas, saya kongsikan juga video tersebut.


Saya bukan sembarangan tau kongsikan tips ni. Sebab saya pernah cuba dan rasa sendiri seronoknya berjogging apabila betul caranya. InsyaAllah, kesan jangka panjang seperti sakit lutut juga boleh dielakkan jika menggunakan cara ini.

Selamat Mencuba!😁

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan