Sebelum ini, saya ada kongsikan satu resepi untuk buat donut. Untuk kali ini, saya kongsikan lagi sekali tapi dengan adunan yang sedikit berbeza. Saya bukan pembuat donut yang pakar tau, saya kongsikan resepi kat blog saya ni untuk ingatan sendiri juga.
Seperti yang pernah saya tulis sebelum ni, saya dah cuba banyak resepi dan cara, cara ini lebih menjadi setakat ini. Saya mungkin akan cuba cara yang lain pula selepas ini.
Pada pendapat saya, adunan kali ni buat tekstur donut lembut luar dalam. Tapi, encik suami cakap teksturnya sama sahaja seperti yang lepas. Bagi saya, donut yang sebelum ni agak crunchy di luar. Apapun, anak-anak enjoy makan kedua-dua adunan ni.
Dan yang paling penting, adunan-adunan ni mudah untuk saya sebab tak perlu beria menguli pun, donutnya masih menjadi. Rasanya kalau uli dan biarkan doh naik betul-betul memang jadi lagi gebu dan lembut.
Namun, disebabkan hampir setiap kali ke dapur, anak-anak suka sangat runtun kaki ibu. Plus request macam-macam, nak makan la, nak tolong la, nak itu la, nak ini la. Muktamadnya, saya suka adunan ni walaupun adunan ni melekat kat tangan kalau tangan tak letak minyak.
Bahan-bahan:
1 sb gula pasir (saya guna gula stevia)
2 sb susu pekat
2 sb yis serbuk
1/2 cawan air suam
1 biji telur
1 sb minyak jagung (jenama Daisy)
2 cawan tepung gandum (tambah kalau adunan lembut sangat)
Garam (jika perlu)
Bahan untuk bread softener:
Larutkan 1 sudu tepung gandum bersama 1/2 cawan air. Panaskan larutan sampai pekat. Biar sejuk sebelum guna.
Cara-cara:
- Satukan gula pasir, susu pekat, air suam dan yis serbuk. Perap selama 30 minit.
- Sementara menunggu sebatian tadi berbuih, gaul telur dan minyak jagung di dalam tepung gandum. Bila sebatian yis tadi dah berbuih (frothing), campur garam (jika perlu), bread softener ke dalam tepung. Campur sikit demi sedikit tau.
- Adunan ni agak lembut, jadi akan melekat di tangan. Sapukan minyak di tangan supaya senang untuk dohkan. Selepas dohkan, biarkan 30 minit.
- Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk kecil doh dan terap doh untuk jadikan bentuk donut.
- Biarkan donut naik sedikit sebelum menggoreng. Kalau anda nak 'frozen'kan donut ni, pastikan anda goreng separuh masak.
Video di bawah adalah gambaran ringkas untuk penghasilan donut ini:
Resepi Donut Crunchy Di Luar Lembut Di Dalam
https://youtu.be/hYgG0s0RN4Y
0 ulasan