Saya pernah ceritakan tentang pengalaman saya di FB Page yang saya perlu berlatih puasa semasa perlu menyusu penuh anak bawah 6 bulan pada masa yang sama. Pelik ke berlatih puasa di usia-usia dewasa ni? Haha
Bagi saya, orang yang digalakkan untuk berlatih puasa adalah orang yang seperti saya. Orang yang semasa waktu berpantang, makan macam raksasa. Bukan apa, masa berpantang badan mungkin perlukan nutrisi yang banyak untuk proses pemulihan badan.
Usus kita boleh meregang, jadi memang boleh sangat menampung sebanyak mana yang kita akan makan. Jadi, bila kita terbiasa makan banyak, kalau nak makan sikit, kita akan masih rasa lapar disebabkan saiz usus kita dah membesar.
Untungnya bila kita berlatih puasa, usus kita akan mengecil sedikit demi sedikit sampai satu masa, kalau makan sikit pun kita dah rasa kenyang. Jadi, mudah la untuk berpuasa. Selain tu, otak kita pun dah ada memori bila perut kita akan diisi. Jadi pada waktu yang tak sepatutnya, perut kita tak akan minta makanan. Gitu! Ini penjelasan dengan bahasa mudah ye. Jangan keliru pulak. Kalau bahasa saintifiknya semuanya melibatkan rembesan jus perut dan sebagainya.
Antara ciri-ciri lain mereka yang perlu berlatih puasa ialah wanita yang menyusu penuh dan anaknya bergantung penuh pada susu ibu. Selalunya bayi yang umur 6 bulan ke bawah.
Adalah sangat normal untuk susu drop sedikit pada waktu pertama kali kita berpuasa. Apabila badan sudah dapat 'adapt' dengan situasi, susu akan kembali seperti biasa mengikut keperluan bayi.
Jadi, untuk memastikan badan kita terbiasa dengan keadaan itu dan anak pun tak terkejut. Adalah digalakkan untuk berlatih puasa secara perlahan-lahan.
Ada ke ibu yang nak tahu cara saya berlatih puasa? Memang saya agak konfiden untuk kongsikan cara saya sebab saya dah buat benda ni dan pada hari pertama puasa, terbukti saya langsung tak letih. Kalau dahaga pun, dahaga yang masih boleh bertahan dan dahaga pun pada waktu hampir sangat untuk berbuka.
Saya bukan ibu yang memerah susu tau. Sebab cukup umur anak saya 58 hari, anak saya dah tak mahu minum susu yang saya perah. Mungkin dia tahu ibu dia suri rumah jer;)
Latihan yang saya buat adalah secara berperingkat:
1) Peringkat pertama saya cuba untuk mengurangkan kuantiti makanan saya.
Guna je kaedah suku suku separuh. Waktu berpantang badan memang memerlukan nutrisi yang lebih untuk proses membaik pulih tubuh. Tapi, selepas waktu berpantang, badan sudah mulai pulih. Kuantiti makanan yang diperlukan boleh dikurangkan. Jadi, boleh sangat kalau nak kurangkan kuantiti makanan.
Kita cuma rasa lapar disebabkan usus kita dah meregang untuk menampung pemakanan kita yang sebelumnya. Ada orang yang sangat 'strict' dengan diri sendiri. Jadi, mereka tak perlukan latihan atau sokongan lain untuk hadapi isu ni. Bagi saya, saya tak suka untuk memaksa diri sendiri kerana bimbang kalaupun saya boleh tahan secara fizikal. Tapi, saya telah memberi tekanan kepada diri 'mentally'.
Sebab kalau kita mentally stress, susu akan 'drop' tau. Jadi, saya memang buat latihan ni dan pastikan diri saya disokong dengan suplemen yang sepatutnya.
2) Peringkat kedua saya cuba menahan makan selama 12 jam dan seterusnya 14 jam.
Saya menahan makan bukan pada waktu sepatutnya tau untuk peringkat ni. Saya menahan makan bermula makan malam pukul 6 petang sampai keesokan harinya. Kiranya ala-ala sarapan pagi lambat atau orang sekarang cakap brunch. Makan terus tengahari.
Pada mulanya, saya menahan makan sahaja. Tapi, saya masih mengambil air kosong. Kemudian, baru saya pastikan saya menahan lapar dan dahaga pada waktu tersebut.
3) Peringkat ketiga baru saya mula berpuasa mengikut waktu sepatutnya.
Mula-mula, saya berpuasa selama 6 jam, lepas tu baru tambah jam berpuasa sampai boleh berpuasa penuh. Memang tak tahan pada mulanya. Malas sangat tau nak bangun sahur. Rasa penat sangat badan nak bangun awal atas alasan menyusu. Saya memang minum suplemen juga sebab rasa penat nak masak atau panaskan lauk.
Sekian dari saya, semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu yang lain. Tak kisah la untuk berpuasa wajib atau berpuasa ganti atau yang paling terbaik untuk berpuasa sunat juga.
0 ulasan