Macam best la pulak asyik cerita pasal macam mana keluarga kecil saya dapat bercuti sehari semalam. Hakikatnya, penat sangat bila dapat pergi bercuti selama sehari semalam. Dan sudah tentu tak banyak tempat boleh kami lawati. Tapi, sengaja saya nak kongsikan dalam blog ni supaya menjadi kenang-kenangan kami pada masa hadapan.
Cuti Raya Cina tahun ni, sepupu Mr Hubby di Manjung, Perak mengadakan majlis kenduri kahwin anak mereka. Terlanjur ke sana dan berjumpa dengan sanak saudara, kami (adik-beradik Mr Hubby) bercadang untuk bercuti ke Cameron Highlands.
Memang sesak la Cameron Highlands cuti-cuti macam ni. Alhamdulillah, dapat juga cari penginapan yang sesuai. Tapi mahal la kan. Dan satu lagi, saya dan Mr Hubby dah dua hari travel. Sebelum tu, pada malam khamis, kami travel dari Paka ke Kelantan, dan esoknya dari Kelantan ke Kulim dan ke Sik. Jadi memang penat sikit nak aktif sangat.
Pemandangan di bahagian tengah apartment. Playground tu di tingkat 3 apartment tau. |
Jadi, pagi tu selepas sarapan dan sempat berjalan-jalan sekitar apartment kami sewa, kami pergi ke ladang teh. Sebenarnya terdapat tiga ladang teh utama di sini. Ladang teh Boh, ladang teh Lipton dan ladang teh Cameron Valley. Kami pergi ke Cameron Valley sebab itu adalah kawasan yang paling hampir dari apartment kami tinggal.
Inilah kami semua yang datang ke sini. Gambar diambil di tepi kafe ladang berkenaan. |
Memang tempat ni sesuai sangat kalau nak bergambar. |
Bawah puncak ni adalah Ladang Teh Cameron Valley. Boleh je kalau nak turun kat bawah. |
Kami tak minum atau makan apa-apa pun di Cafe Cameron Valley. Cuma bergambar, tengok menu Cafe dan pergi cuci mata di kedai cenderahati. Selepas tu kami bercadang untuk pergi ke ladang strawberi. Punyalah sesak dengan kenderaan, sampai kami buat keputusan untuk belok ke Kampung Taman Sedia.
Dan memang kat situ ada tempat penanaman pokok strawberi dan ada kafe dan gerai yang menjual makanan yang berunsurkan strawberi. Nama kafe tu 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry). Kat sini memang terkenal dengan nasi lemak sambal strawberi.
Lupa nak tengok apa nama gerai ni. Gerai ni berhadapan dengan kafe Abang Strawberi tu. |
Antara minuman yang boleh didapati di kafe Abang Strawberi. |
Ini antara makanan yang kami tempah. Gambar soto takde la pulak. |
Dekat kafe ni memang ada tanaman strawberi dan kita boleh petik sendiri strawberi yang kita nak makan. Belakang kafe ni ada jual barangan makanan berunsur teh dan strawberi. |
Selesai makan pun dah pukul 3 petang. Saya dan Mr Hubby ambil keputusan untuk terus pulang sebab memikirkan nak menempuh kesesakan lalu lintas dan solat. Lagipun, memang penat sangat dah travel tanpa henti dan tak cukup tidur ni. Asmaa pun tidur sepanjang jalan.
Kesian Asmaa. |
Ala kulli hal, alhamdulillah.
0 ulasan