Tarik nafas, tahan, hembus.
Tarik nafas, tahan, hembus.
Tarik nafas, tahan, hembus.
Alhamdulillah, Allah masih biarkan aku menarik nafas tanpa aku perlu berbayar sesen pun. Maha Pemurah dan Penyayangnya Allah kerana masih memberi aku peluang dan ruang untuk berada di muka bumi ini. Hari ni aku mahu menangis sepuasnya. Menangis dan meratap supaya Allah akan memberi hidayahNya kepadaku. Aku mahu Allah menunjukkanku jalan yang benar.
Puas aku mencari harus seperti mana aku menjalani hidupku. Bersalahnya aku ya Allah. Banyaknya dosaku ya Allah. Terasa seperti memikul beban yang tersangat berat. Kakiku tidak dapat melangkah lagi. Sepertinya aku menemui jalan buntu. Perlukah aku menangis dalam hujan supaya tangisan ini tidak kelihatan. Atau aku harus menangis dalam setiap sujudku.
Ternyata tangisan dalam hujan langsung tak merubah hidupku. Kerana sudah begitu banyak sekali aku menangis di dalam hujan, supaya tiada yang sedari tangisan ini. Supaya tiada yang salah sangka kepadaku. Supaya aku terlihat lebih normal. Supaya masalah yang ada akan selesai. Namun, jujur aku akui ya Allah, tangisan dalam hujan langsung tidak ringankan beban yang aku tanggung walaupun setitik.
Maka ya Allah, berilah aku hidayah dan kekuatan untuk menangis dalam setiap sujudku. Aku inginkan belaian kasihMu ya Allah. Belaian yang tiada tandingannya. Belaian yang akan meringankan berat di bahuku. Belaian yang akan kuatkan semula kakiku melangkah. Belaian yang akan mendekatkan aku kepadaMu, dekat dan lebih dekat kepadaMu.
Ya Allah janganlah Kau tinggalkan pendosa hina ini seorang diri. Berikanlah dia peluang ya Allah. Ya Arham ul-Rahimin, Hanya Kau Tuhan yang mengetahui segala isi hati hambaNya. Andai isi hatinya kurang baik, maka tukarkan hatinya kepada hati yang baru. Hati yang akan celik dan bersinar. Hati yang akan menolong menolak hambaMu untuk berjalan lurus di jalanMu ya Allah.

Semoga hembusan terakhir ini adalah madunya.
-Huwaida, 5 Rejab 1439H-
Semoga hembusan terakhir ini adalah madunya.
-Huwaida, 5 Rejab 1439H-
0 ulasan