#MyIMKKJourney

By Huwaida - Mac 07, 2018

Untuk pengetahuan yang mana belum pernah tahu, IMKK adalah singkatan bagi Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan anjuran Richworks International Sdn Bhd. Program bersama Dr Azizan Osman memang sangat dikenali di kalangan usahawan dan telah berjaya menaikkan semangat dan memberi motivasi untuk usahawan terus mengorak langkah kejayaan. 

Untuk entry ni saya tag di bawah label Family Outing. Jadi, maksudnya saya nak berkongsi cerita perjalanan saya dan keluarga untuk menghadiri program ni. Program ni berlangsung pada 2-4 Mac 2018 bertempat di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam. Saya beli tiket ke IMKK ni pada 15 November 2017 pada harga RM98 sempena promosi ulang tahun kelahiran DAO.

Imbau kembali waktu nak beli tiket tu, memang kalut sangat. Takda la sibuk, cuma kalut dengan perasaan sendiri. Hati memang nak sangat pergi, tapi perlu minta keizinan suami, dan terpaksa mesej suami waktu itu dan mengharapkan jawapan yang segera. Tapi, macam biasa kat tempat kerja, ada limitasi sedikit bila nak menjawab mesej. Jadi, memang beli terlebih dahulu sebab takut tak sempat. Tapi, memang berserah sangat masa tu. Kalau betul-betul bukan rezeki tak pa ja. Asalkan dah cuba.


Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan untuk menuntut ilmu. Memang setiap bulan dari tarikh beli tu saya akan ingatkan abang tentang IMKK. Tak ingat dah berapa kali sebulan. Sebab bagi Mr Hubby kalau dia tiada urusan kerja yang penting, dia memang ok ja. Kalau tak, terpaksa la saya mengundur diri.

Alhamdulillah, hari Khamis selepas kerja kami bertolak. Saya tempah apartment di i-City iaitu di i-SOHO (i-Suite apartment). Pada mulanya memang nak tempah hotel yang terdekat dengan IDCC, tapi, apakan daya saya terlambat. Tak tahu la pulak peserta yang akan hadir di IMKK adalah 9 ribu orang. Tapi, memang puas hati sangat dapat apartment ni.

Ini ruang tamu apartment tu. Memang selesa sangat.

Ini ruang makan. Ada kerusi untuk kanak-kanak juga
tapi kerusi tu tiada penghadang.

Ini bahagian yang bertentangan dengan ruang makan dan selepas pintu masuk.
Nampak mesin basuh, periuk nasi tu? Itu adalah sebab utama saya pilih
apartment ni. Lagi satu, pemurah sangat pemilik apartment ni,
siap sediakan roti untuk sarapan.

Ini bilik kedua. Kami memang tak guna pun bilik ni
sebab datang pun bertiga dengan anak kecil.

Bilik air pun puas hati. Ada selipar serta sabun dan shampoo pun wangi.

Ini bilik utama. Tapi, dalam bilik ni disediakan juga tilam dan cadar tambahan.
Tuala mandi dan tuala tambahan pun ada.
Ini pemandangan ke luar jendela bilik utama pada waktu siang.

Ini pemandangan bilik utama ke arah tandas.

Harga pun berpatutan. RM414 untuk 5hari 4malam, dan RM35 untuk caj pembersihan. Parkir memang tak perlu risau. Sebab bangunan ni memang bangunan baru, jadi ada banyak kekosongan parkir. Jadi, saya amat syorkan tempat ni walaupun saya tak dapat apa-apa komisen. Hihi. 

IMKK ni bermula lebih kurang pukul 8 pagi sampai lebih kurang pukul 2 pagi esoknya. Jadi, memang penat sangat. Tapi, berbaloi dan sepanjang program saya masih boleh fokus walaupun ada ketika rasa mengantuk. Kata DAO, program ni bukan program kursus yang selalu dibuat. Kalau modul terhabis awal pukul 4, semua orang dah boleh balik. Program ini adalah program insentif dan adalah lebih baik kita nilai masa program ini dengan bayaran yang kita dah buat.

Antara gambar yang saya berjaya snap.

Saya bersama Kak Zana. Mesra orangnya walaupun memang baru kenal
semasa program ni. Dengan dialah saya makan, solat dan kadang-kadang
tumpang tidur atas katil dia di Hotel Pegasus.
Habis je IMKK, malam tu saya ajak Mr Hubby pergi ICT selepas makan kat Pak Li Kopitiam. Saja nak naik 'roda gergasi'. Haha. Susah juga nak ambik gambar kat sana, sebab pencahayaan yang tak menyebelahi handphone kami. 

Boleh la buat kenangan dari tak dak langsung.

Yang ni, bergerak la pulak.
Apapun, Alhamdulillah, berjaya juga hadiri IMKK. Semoga saya akan mengambil manfaat dari program ni sehabis mungkin. Tahniah kepada Mr Hubby juga yang berjaya mengasuh Asmaa hampir seharian untuk setiap hari saya hadiri IMKK.


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan