Cara Mudah Hilangkan Kesan Contengan Anak di Dinding

By Huwaida - Januari 01, 2018

Antara ragam anak yang para ibu dan ayah perlu bijak tangani adalah apabila anak menconteng dinding. Yelah, bila dinding dah berseni dengan corak yang luar biasa, seni itu secara kebiasaanya susah diterima oleh orang dewasa seperti ibu bapa. Anak menconteng dinding kerana rasa ingin tahu dan mencuba. 

Dengan menconteng dinding, anak-anak terdidik untuk mendalami dan mencipta potensi kendiri. Jadi, rugilah kalau ada ibu bapa yang marah-marah secara keterlaluan. Lagipun sekarang ni mudah je nak hilangkan kesan contengan di dinding.

Nak tahu macam mana caranya? Meh saya kongsikan bagaimana seorang ibu ini bertindak untuk membersihkan contengan anaknya dengan mudah.



Assalamualaikum, saya Sharifah Nurulkamariah, ibu kepada 2 orang anak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan basic H Shaklee. 
Dah jadi lumrah rumah penuh dengan contengan bila ada anak yang mula pandai menulis dan melukis, saya juga tidak terkecuali dari itu. Tiap hari pasti ada contengan di merata-rata tempat terutama tempat yang kadang-kadang tu saya sebagai ibu pun tak terjangka. 
Ada satu hari, saya terlihat contengan di dinding bersebelah katil dengan perkataan ‘ALEESHA’ dengan permenant marker pen warna merah pula, ni tak lain tak bukan contengan dari si kakak. Nak marah pun, dah contengkan apa boleh buat lagi. Masa tu saya kehabisan stok basic h, jadi lama juga la contengan tu bertepek di dinding.  
Baru-baru ni, kebetulan ada order dari kawan, jadi saya orderkan sekali dengan basic H. Malam tu juga saya sediakan bancuhan basic H dan letakkan dalam bekas spray siap-siap untuk kemudahan akan datang. Bukan apa, jika tak dibancuh siap-siap macam ni, mau sebotol terus basic H habis ditangan mereka berdua. 
Berbekalkan 1 botol spray dan kain lap, saya minta kakak (6tahun) dan adik (5tahun) untuk bersihkan contengan tersebut. Dengan tak sampai 30minit tulisan tu dah pudar tanpa sentalan yang kuat pun. Ya la anak kecil lagi yang sental kita boleh tahu kudrat mereka kan. Contengan tersebut hilang, dan paling mengejutkan tiada sebarang perubahan pada cat di dinding tersebut.  
Ada juga yang cadangkan kepada saya untuk sapukan tinner pada contengan tersebut, tapi bimbang pula kalau-kalau bahan tersebut merbahaya pada anak-anak. Jadi paling selamat saya hanya mengunakan Basic H untuk masalah saya.






Alhamdulillah, kini tugas mencuci contengan di dinding lebih mudah dihilangkan dengan basic h dan boleh juga jimatkan masa ibu-ibu semua.

Mudah kan? Berbaloi sangat. Bagi yang berminat mendapatkan pencuci ni, wassap saya laju-laju di talian 01116019649. Bagi yang tak sabar nak beli, boleh terus membeli di SINI dan baca info tentang Basic H di SINI.


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan