Ini bukan cerita pergi bercuti tau. Ini cerita perjalanan untuk pergi kelas #projekbuatduit. Oleh sebab dah lama tak pergi Kuantan, dan bila boleh pergi ke Kuantan untuk hadiri kelas, memang tak sabar la susun tempat yang selalu kami pergi semasa Asmaa masih dalam perut. Sebab rindu sangat. Tapi, pergi juga la ke satu tempat baru iaitu nurseri di Jalan Gambang.
Oleh sebab kelas #projekbuatduit bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, jadi kami buat keputusan untuk bermalam di Hotel Sri Manja Boutique. Memang hotel ni adalah hotel yang selalu kami pergi sebab saya belajar di UIAM, Kuantan. Tapi, kali ni saya memilih untuk pilih 'Japanese Room' sebab bila dah ada anak ni, kena ada ruang yang besar sikit.
Sampai sahaja Kuantan dalam pukul 4 petang, kami terus pergi makan di SaraThai. Abang nak makan pulut durian. Saya pula nak makan pulut durian dan mangga, sotong celup tepung serta nasi goreng. Haha, banyak tak? Memang rasa lama sangat tak makan di sini. Sebenarnya makan nasi goreng seafood pun dah kenyang. Jadi sotong celup tepung dan pulut mangga bungkus dan bawa ke hotel. Pulut durian pula tiada, mungkin sebab bukan musimnya lagi.
Selepas makan, perut pun penuh, tapi masih terfikir nak makan keropok sagu di pasar malam hari Jumaat. Memang keropok tu adalah juadah wajib beli semasa bertandang ke pasar malam hari Jumaat tu. Apapun, kami terpaksa balik hotel dulu untuk solat Asar.
Ini bahagian sebelah pintu masuk |
Di bahagian sebelah pintu masuk ni, ada tandas dan katil. Sebenarnya di sebelah kanan katil ada kabinet yang ada cerek elektrik dan perkakas minuman yang lain. Ada juga laci tambahan di atas dan bawah, memang boleh simpan banyak barang. Cuma tiada bantal tambahan seperti hotel lain.
Ini bahagian sinki dalam tandas |
Ini pemandangan dari pintu masuk tandas |
Ini bahagian berhadapan dengan katil. Luas dan selesa untuk solat. |
Sebelah ruang tv ada ruang meletak pakaian |
Selepas tamat kelas #projekbuatduit, kami terus makan di Nasi Kukus Dapur Mama. Ini pun tempat yang saya selalu pergi semasa belajar di UIAM, Kuantan. Sebabnya, ringkas, cepat dan murah. Malas juga nak fikir menu setiap hari semasa zaman belajar dulu. Jadi, memang mudah sangat kalau beli nasi kukus di sini.
Ok, bila tengok gambar ni terliur lagi sekali |
Selesai saja makan di sini, kami terus pergi Salloma Nursery. memang teringin sangat nak pergi kedai pokok yang ada banyak pilihan macam ni. Rambang mata nak pilih pokok apa nak beli. Memang beli banyak jugak rasanya. Tapi sebenarnya rasa macam banyak lagi yang tak beli. Hihi. Mungkin kena beli kedai ni terus kalau macam tu.
Seronok membeli belah di nursery ni sebab mereka memang tak lokek ilmu untuk bagitau cara penjagaan pokok dan berkongsi ilmu yang mereka tahu. Jadi, saya yang sememangnya banyak soalan ni, memang banyak la bertanya. Harga pun berpatutan.
Ini bahagian lorong masuk utama ke dalam Salloma Nursery |
Ini memang rutin biasa sebenarnya. Selalu jugak pergi Mesra Mall dari petang, maghrib dan isyak di sana juga. Alhamdulillah, semoga Allah berkati momen-momen sebegini dan merahmati kami sekeluarga.
Muka penat sebelum dan seusai membeli belah |
0 ulasan