Kecil Jadi Kawan, Besar Jadi Lawan

By Huwaida - Mac 12, 2018

Bila kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan. Apakah ia? Yup, betul. Api. Nak dijadikan cerita dalam pukul 12.50 tengahari tadi tiba-tiba dengar bunyi letupan kecil dari luar rumah. Saya dan anak sahaja di rumah ketika itu. Pujuk anak untuk diam sebentar untuk sahkan betul-betul bunyi tu memang dari luar.

Jenguk ja ke luar. Ya Allah, ada orang bakar hutan ka? Macam tak logik. Bersebelahan rumah saya memang ada kawasan hutan. Tapi, kawasan tersebut sudah di bersihkan dan di tambun dengan tanah untuk dibina rumah atasnya. Akan tetapi, sementara menunggu tanah betul-betul kukuh, kawasan itu menjadi terbiar dan dipenuhi semak samun.

Bila nampak kebakaran tu, pada mulanya saya fikir mungkin api tak kan sampai ke kawasan tepi rumah saya. Sebaliknya, angin kuat waktu tu serta keadaan cuaca yang agak panas kering memang membantu untuk api marak dan menyambar kawasan sekitar. Memang terus telefon abang dalam pukul 1.05 pm. Abang ada majlis di kilang. Jadi, abang pesan supaya berjaga-jaga dan telefon semula kalau api merebak teruk.

Dalam pukul 1.22 pm dah masuk waktu zohor. Saya buat keputusan untuk solat dahulu sebab kalau ada apa-apa nanti takut terlewat pula solat. Selepas solat, jenguk ke luar dah ada bau busuk. Dah boleh agak bau busuk macam tu mesti plastik pelindung matahari yang saya pasang dipagar rumah dah terbakar. Dengan pantas saya keluar rumah dan buka pili air untuk padam api yang melekat di situ.

Memang berjaga-jaga dengan pili air untuk padam api yang cuba merebak ke kawasan pagar rumah. Tak lama, jiran-jiran datang tolong. Bila jiran datang tolong, dah boleh pegang handset dan ambil gambar. Selesai padamkan api di kawasan pagar rumah saya, mereka pergi padamkan api di kawasan yang selepasnya. Kak Na, jiran yang tinggal di deretan berhadapan rumah saya memang isi air dalam timba untuk padamkan api.

Alhamdulillah, ada jiran datang membantu.
Alhamdulillah, tak lama selepas tu, bomba datang. Api dah banyak terpadam. Tapi, masih ada bunyi dan ada kawasan yang masih berasap. Jadi pihak bomba padamkan api supaya ianya betul-betul terpadam. Kebakaran ni boleh dikatakan sebagai kebakaran yang tak teruk. Apapun, keselamatan tak patut diletakkan dalam keadaan berisiko.

Memang kanak-kanak suka sangat ikut Pak Cik Bomba. Seolah-olah mainan bagi mereka.
Punca kebakaran yang tak diketahui memang menjadi tanda tanya. Jika ianya adalah akibat putung rokok, beringatlah bahawa rokok bukan sahaja membakar duit. Malah, dapat membakar sekeliling kita. Jadi, boleh cuba ambil Vivix Shaklee untuk berhenti merokok. Sebab dah ada orang yang berjaya berhenti merokok dengan Vivix Shaklee.

Keadaan selepas terbakar. Hilang semak samun.
Jika ianya akibat dari pembakaran terbuka, ambillah iktibar. Cuaca panas kering dengan disertai angin kuat adalah waktu yang tidak sesuai untuk membuat sebarang pembakaran. Semoga bebelan ini bermanfaat.


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan