PROFIL PENULIS

By Huwaida - Oktober 15, 2017

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam perkenalan.

(I belanja gambaq IC ok)
Saya Huwaida Binti Abdul Azis. Nama selalu orang panggil waida dengan tulisan ringkasnya 'yda'. Dalam penulisan saya, saya mungkin akan membahasakan diri saya sebagai 'saya', 'waida' atau 'ibu'.


Berkelulusan: 
🎓Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan 
🎓Ijazah Sarjana Sains Farmasi (Teknologi Farmasi) 
✨Masih berimpian dan berharap untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah. Mohon doa dari semua.

Alhamdulillah saya merupakan Suri Hati Mr Engineer 👇. Doakan kami sampai ke syurga.

(Sebenaqnya semua gambaq pun muka tak senonoh, jadi letak yang mana pun sama ja)
Semasa saya mula berblog semula saya seorang ibu kepada Asmaa👇. Alhamdulillah.

(Ni gambaq masa dalam pantang. Memang pakai tudung sauk ja)
Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Selain mengajar tuisyen sebagai pekerjaan sambilan, saya juga ejen bagi dua jenama produk terunggul iaitu Produk Kesihatan Shaklee dan Produk Kecantikan Mary Jardin (klik sini untuk mengetahui tentang Mary Jardin). 

Kenapa saya menjadi ejen untuk kedua-dua produk ini? Saya telah menggunakan produk Shaklee lebih kurang empat tahun. Produk yang mempunyai kajian terperinci ini telah menambat hati saya dengan keberkesanannya. Saya berharap dapat berkongsi dan menolong lebih ramai orang dengan menjual produk yang telah saya gunakan.

Tidak cukup dengan itu, saya juga menjadi ejen Mary Jardin kerana terpikat dengan produk tempatan yang menggunakan bahan berkualiti premium. Ini juga adalah tanda sokongan saya terhadap produk anak tempatan. Untuk pengetahuan anda, pengasas Mary Jardin, Dr Maryam merupakan salah seorang pengedar aktif Shaklee suatu ketika dulu. Daripada seorang pengedar aktif produk bertaraf antarabangsa ini, beliau telah berjaya mengasaskan produk sendiri yang kualitinya bertaraf antarabangsa juga. Dan saya juga merupakan pengguna produk Mary Jardin ini. 

Saya berharap nota-nota di blog ini dapat menjadi salah satu sumbangan saya kepada masyarakat. 

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan