Buang Rasa Takut Berniaga

By Huwaida - Mac 10, 2018

Bila baca tajuk artikel ni di iReach, baru perasaan yang ini saya sewaktu saya bermula nak berniaga satu masa dahulu. Saya kongsikan di sini supaya kalau ada di kalangan kita ada perasaan ini, kita akan terus berubah. Menjadi pengecut tidak langsung membawa sebarang manfaat kepada kita.




Macam-macam dugaan & rintangan dalam berniaga. Kalau masih nak berniaga, tak boleh takut-takut. Sebab perniagaan, bukan untuk si pengecut. .- pengecut nak share sebab takut apa orang cakap
- pengecut nak ajak kawan-kawan sebab takut kena reject
- pengecut nak declare berniaga sebab takut dikecam hebat
.Admin faham, "mixed feeling" masa nak mula-mula berniaga. Rasa 50-50 "betul ke perniagaan yang aku nak cuba ni?". Dan terfikir "mampu pergi jauh ke bisnes yang aku nak buat ni?".
.
Percayalah, perasaan itu timbul hanya sebab kita belum mula saja. Bila dah mula, bila dah dapat rentak berniaga, makin lama kita akan rasa "menyesal kenapa sekarang baru nak mula berniaga".
.
Kalau anda masih ragu & tak percayakan kebolehan diri, cuba tips mudah ini. Ambil buku & pen, kemudian tarik nafas dalam-dalam dan tulis apa yang terlintas di fikiran atau yang terbuku di hati.
.
Inilah yang mentor admin cakap "brainstorm dengan diri sendiri".
.
Bila dah tulis di buku nota tu, perlahan-lahan idea bernas akan muncul. Pertama, sebab anda memang dilahirkan genius. Kedua, sebab anda dah mula! Bila dah mula, kita jadi lebih "nampak" hala tuju seterusnya dan makin berani untuk terus mencuba.
.
Jangan sebab orang sekeliling begitu negatif, kita jadi hilang produktif. Jangan sebab orang cakap "ko takkan boleh punya", kita pun mengiyakan "habis lah aku tak ke mana-mana" kemudiannya.
.
Dan jangan sebab orang lain ada sifat pengecut, kita pun nak join sekaki jadi penakut!

Jika ada yang mahu sertai saya untuk berniaga, jom beranikan diri untuk menjadi sebahagian dari kumpulan saya. Terus hubungi saya untuk mengetahui tentang bisnes Shaklee dengan lebih lanjut:

Huwaida (ID 1185048)

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan