Cara Berpantang Selepas Keguguran

By Huwaida - Januari 13, 2018

Sebelum ni saya ada menulis tentang kepentingan berpantang selepas keguguran. Boleh klik SINI untuk bacaan penuh. Untuk entry ini pula, saya akan kongsikan serba sedikit pengalaman dan cara saya berpantang selepas keguguran. Bagi keluarga saya, cara berpantang selepas keguguran agak berbeza dengan cara berpantang selepas bersalin.

Cara berpantang selepas keguguran lebih cerewet kerana keadaan rahim ibu yang dikatakan 'terluka' akibat keguguran. Kalau ibu bersalin sesuai dengan sesuatu yang panas/hangat dan perlu elakkan yang sejuk, ibu keguguran tidak digalakkan berpantang dengan sesuatu yang terlalu panas dan sejuk.

Haaa..apakah itu? Maka, peninglah kita nak mencari maksud tersirat sebegitu 😓. Maksudnya, kalau makan contohnya lada hitam, elakkan mengambil dengan kuantiti yang banyak atau kerap.

1) Tempoh berpantang

Oleh kerana saya keguguran semasa janin berusia 8 minggu 4 hari dimana usia kandungan di bawah 10 minggu, janin yang keluar belum cukup sifat. Jadi, tempoh darah yang keluar seperti darah haid yang berlangsung secara maksima selama 14 hari. Bagi mereka yang keguguran semasa janin berusia 10 minggu ke atas atau diyakini janin tersebut sudah cukup sifat, darah yang keluar adalah darah nifas yang akan berlangsung secara maksima selama 60 hari.

Pada waktu itu, saya dinasihatkan untuk berpantang makan selama 30 hari, walaupun boleh sebenarnya berpantang selama 14 hari. Manakala bagi ibu yang keguguran semasa janin berusia 10 minggu ke atas, tempoh berpantang makan adalah 44 hari seperti ibu biasa bersalin.

Untuk pantang bersama suami pulak, ada yang nasihatkan saya untuk menunggu 3 kali haid, supaya rahim betul-betul kuat semula. Bagi saya, ianya sangat relevan kerana selepas keluar darah selepas keguguran selama 14 hari, darah haid saya yang seterusnya keluar selama 10 hari di mana ianya adalah situasi yang tidak pernah saya alami.

Pada kali kedua haid pula, darah yang keluar hanyalah sedikit sekadar 1 dan setengah hari. Pada kali ketiga haid, darah yang keluar beransur normal walaupun pada masa itu hanyalah 5 hari. Oleh sebab tempoh haid yang agak tidak teratur saya ada menemui pegawai perubatan untuk melakukan checkup bagi memastikan rahim saya dalam keadaan normal.

Alhamdulillah, pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan tiada sebarang masalah dan memberitahu saya ianya sangat normal untuk wanita selepas keguguran mengalami ketakstabilan hormon. Lega hati. Bagi yang keguguran semasa janin berusia 4 bulan ke atas, anda mungkin perlu berpantang bersama suami selama 6 bulan untuk pastikan rahim anda betul-betul sembuh dan kuat kembali.

2) Aktiviti Berpantang

Aktiviti berpantang selepas saya keguguran dan selepas saya bersalin agak berbeza tau. Antara aktiviti berpantang saya selepas keguguran adalah:



  • Berstokin

    • Badan saya jenis mudah masuk angin, jadi saya akan pastikan saya memakai stokin. Selain itu, memang kaki rasa sejuk sangat kalau pijak lantai. Jadi, saya memang tak ada masalah nak pakai stokin, sebab sesetengah orang memang tak rasa sejuk kaki selepas keguguran. Jadi, mereka memang tak berdisiplin sangat nak pakai stokin.

      Lagi satu, saya memang akan pastikan kipas tak dibuka terlalu laju. Sebabnya, kalau buka laju, angin kipas tu rasa macam nak masuk dalam badan. Jadi, kalau dok sorang-sorang dalam bilik, saya akan tutup ja kipas tu.



    • Elakkan keluar dari rumah


      • Ini memang pantang larang orang tua dulu-dulu untuk elakkan bentan. Tapi, memang saya cuba juga untuk berada di rumah dalam 14 hari berpantang. Lagipun, saya memang tak boleh tahan dengan angin petang. Rasa sejuk sangat macam menyusuk ke tulang.



      • Elakkan melakukan kerja berat


        • Mak memang pesan supaya saya hadkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran. Sebabnya, boleh menyebabkan rahim jatuh. Tapi, saya ni agak degil dan jenis memang tak boleh duduk diam. Selagi saya rasa boleh buat kerja tu, memang saya akan buat sendiri.

          Akibatnya, saya jadi rasa macam kurang selesa sedikit semasa nak berjalan. Tak tahu pun bahawa itu tandanya rahim jatuh sikit, bila pergi nak berurut dengan bidan selepas 30 hari berpantang, baru bidan tu bagitau yang rahim saya macam terkebawah sedikit. Alhamdulillah, bila dah berurut, selesai masalah.

          Sebenarnya, bagi orang yang berpantang selepas keguguran muda macam saya memang tak perlu sangat nak berurut. Tapi, saja saya nak berurut untuk rehatkan dan manjakan badan. It's me time.



        • Sanggulkan rambut tinggi-tinggi 


          • Orang tua-tua kata kita perlu sanggul atau ikat rambut tinggi-tinggi supaya badan tidak masuk angin. Lagi satu supaya wajah tertarik ke atas supaya pipi tak terjatuh.



          • Jaga Pemakanan


            • Adalah sangat penting untuk menjaga pemakanan. Kita memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk kembali pulih. Lagipun, semasa berpantang banyak makanan yang kita tak digalakkan ambil untuk elakkan bentan dan sakit urat

              Sebenarnya, apabila saya sampai saja rumah selepas semalaman ditahan di wad untuk dipantau, apa yang saya google adalah makanan berpantang. Oleh sebab saya sememangnya pengguna vitamin Shaklee, saya memang terus cari set berpantang Shaklee untuk ibu yang keguguran. 

              Memang berbaloi sebab 7 bulan selepas tu, saya disahkan hamil. Alhamdulillah, Allah memang melihat usaha-usaha kita. Klik SINI untuk tahu lebih lanjut tentang set berpantang selepas keguguran ini.


              Antara menu yang saya sangat sarankan kepada ibu-ibu yang keguguran adalah ibu kunyit. Oleh sebab ibu keguguran muda macam saya tak digalakkan ambil makanan panas terlalu banyak, saya hanya diberi makan ibu kunyit semasa 3 hari pertama selepas keguguran. 

              Kesannya, memang keluar ketulan-ketulan darah yang seolah-olah daging selepas makan ibu kunyit. Saya makan ibu kunyit itu seperti ulam. Masa mula-mula makan memang tak sedap, tapi bila dah dua kali dan lihat kesannya, memang seronok pulak makan.

              Sebenarnya saya tidak menjalani proses pembersihan melalui D&C (Dilation & Curettage) disebabkan selepas scan memang tiada lagi sisa yang tinggal. Jadi, memang saya diminta juga untuk berhati-hati kerana ditakuti ada sisa yang mungkin tak terlihat melalui scan.

              Jika ada product of conception yang tertinggal di dalam rahim, ibu mungkin akan mengalami tumpah darah atau jangkitan kepada rahim. Bahaya tau. Jadi, jaga pemakanan dan cuba ambil makanan yang membantu menyembuhkan tubuh badan kita.

              WaAllahu 'Alam.


              • Share:

              You Might Also Like

              0 ulasan