3 Tanda Wanita Keguguran

By Huwaida - Januari 28, 2018


Apakah tanda-tanda keguguran? Betapa indahnya perasaan seorang isteri apabila mendapat tahu dia bakal memperoleh seorang cahaya mata dan menjadi seorang ibu. Akan tetapi, bagi sesetengah wanita, keguguran merupakan perkara yang menghantui mereka. Keguguran boleh terjadi secara tiba-tiba tanpa kita sedari puncanya.

Antara keguguran yang paling banyak berlaku di kalangan wanita yang pertama kali hamil adalah keguguran awal. Keguguran awal terjadi pada trimester pertama kehamilan di mana tiada peristiwa atau trauma yang menyebabkan terjadinya keguguran tersebut. Keguguran seperti ini boleh juga berlaku  seawal ketika pertengahan pembuahan berlaku. Iaitu ketika wanita tersebut sepatutnya mengalami menstruasi. Oleh itu, keguguran seperti ini hanyalah dirasakan seperti menstruasi berat yang disertai kejang dan sakit.

Oleh sebab setiap keguguran berkemungkinan tinggi untuk mempunyai pelbagai punca. Pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat perlulah melakukan pemeriksaan yang betul dan tepat. 

Pada entry kali ini saya akan kongsikan 3 tanda yang mungkin dialami wanita apabila berlakunya keguguran. 3 tanda tersebut adalah:

1) Kejang atau sakit pada bahagian bawah tengah perut serta diiringi pengeluaran darah.

2) Sakit pada bahagian bawah tengah perut yang bersangatan dan tetap tanpa diiringi pendarahan dan berlaku selama 24 jam atau lebih. 

3) Keluar sedikit darah atau banyak seperti ketika haid tanpa disertai sakit yang terus-menerus berlaku selama 3 hari atau lebih.

Yang ketiga adalah apa yang berlaku pada saya. Nak tahu cerita saya lebih lanjut, boleh klik LINK ini.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan