Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih
Anda dapat bayangkan keseronokan
apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih
mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini
bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali
tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian
yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Tahukah
Anda?
Kebanyakan serbuk
pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui
kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan.
Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa
tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan
bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan
merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau
sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan
gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh
Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya
Yang Lain.
Keunikan Shaklee
1) Selamat
- Hipoalergenik
- Tanpa klorin
- Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang
boleh dibasuh
- Tiada bahan kimia berbahaya
2) Berkesan
- Berkepekatan tinggi
- Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi
untuk cucian muatan sederhana
- Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
- Mengekalkan warna pakaian yang putih dan
menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
3) Mesra
Alam
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
- Surfaktan mudah biorosot
- Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
- Bungkusan yang boleh dikitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
0 ulasan