Kenali Gaya Sosial Anda

By Huwaida - November 08, 2018

Adakah penting untuk kita mengenali gaya sosial diri sendiri dan individu sekeliling kita? Cara pergaulan setiap orang berbeza. Walaupun begitu, setiap perbezaan yang ada mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Masyarakat menjadi bertambah maju dengan kepelbagaian gaya sosial yang ada. Namun, perbezaan yang ada tak mungkin dapat membuahkan hasil yang baik jika tiada tolak ansur dan sifat saling memahami. 

Jadi, setiap daripada kita perlu saling memahami dan bertolak ansur supaya kita dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni. Apabila kita bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran, pergaulan harian kita menjadi mudah dan harmoni. Kita dapat menerima kehadiran orang lain dan sebaliknya, serta tidak akan wujud lagi perasaan 'stress' dengan individu tertentu.

Perkongsian saya kali ini pun hasil daripada perkongsian Puan Shima Zainal tau (termasukla gambar di bawah pun dari Puan Shima juga). Secara ringkasnya, terdapat 4 jenis gaya sosial utama dalam masyarakat kita:

  1. Driver (Yang memandu)
  2. Expressive (Yang meluahkan)
  3. Amiable (Yang mesra)
  4. Analytical (Yang menganalisis)


Daripada gambar rajah di atas, diketahui bahawa terdapat 4 kriteria yang diambil kira untuk mengelas gaya sosial individu. Dua kriteria pertama ialah sama ada individu terbabit berorentasikan kerja buat (task), atau berorentasikan orang (people). Mereka yang 'task oriented' lebih cenderung melihat kepada keputusan, atau prestasi sesuatu, manakala mereka yang 'people orientend' lebih cenderung untuk fokus kepada nilai perhubungan atau perkongsian perasaan. Dua kriteria utama lain adalah sama ada individu terbabit lebih suka menyuruh (tell) atau lebih suka meminta tolong (ask).


Jadi, seperti rajah di atas, bagi mereka yang suka menganalisis (analytical), mereka lebih cenderung kepada 'task' dan 'ask'.  Manakala, bagi yang 'task oriented' tapi suka menyuruh (tell) adalah mereka yang 'driver'.  Bagi mereka yang 'people oriented' dikategorikan sebagai yang mesra (amiable) jika suka meminta tolong, dan sebagai yang 'expressive' bagi yang suka menyuruh.


Seperti yang dihuraikan dalam gambar rajah di atas, orang analytical sukakan bukti. Mereka tak suka mendengar perkataan "saya rasa.....". Mungkin bagi pihak lain yang berdepan dengan mereka ini merasakan agak renyah bergaul dengan mereka, tapi mereka ini sangat berhati-hati dalam membuat keputusan dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik.


Individu 'driver' walaupun cenderung melihat keputusan, mereka dilihat lebih suka memaksa dan sentiasa mahu keputusan di buat dengan segera. Mereka lebih dilihat sebagai individu yang 'goal-oriented' yang mahukan keputusan dengan cepat. Mereka suka mengarah itu dan ini untuk memastikan dapat mencapai apa yang dihajati secepat yang mungkin.


Individu 'amiable' berbeza dari individu 'analytical' kerana mereka lebih memilih untuk membina hubungan dengan orang lain. Jika individu 'analytical' suka bertanya bukti, individu 'amiable' lebih suka bertanya keadaan orang lain sebelum memulakan sesuatu perbincangan. Bagi mereka (amiable), mendapatkan kerjasama adalah penting sebelum membuat keputusan. Keputusan individu 'analytical' mungkin lebih berdasarkan kepada fakta dan bukti yang dibentangkan oleh semua orang, tetapi keputusan yang diambil oleh individu 'amiable' lebih berdasarkan kepada persetujuan semua orang.


Bagi individu 'expressive' pula, mereka dilihat sebagai individu yang riang kerana mereka tidak seperti 'driver' yang mahu keputusan disegerakan, akan tetapi mereka suka memaksa setiap orang untuk memberi pendapat. Mereka mahukan setiap orang bekerjasama untuk selesaikan sesuatu tanpa meletakkan matlamat sebagai satu perkara utama yang patut dicapai terlebih dahulu. Orang sebegini kalau bercakap pasti akan menggerakkan tangan sebanyak mungkin.



Jadi, adakah anda sudah tahu anda mempunyai gaya sosial yang mana? Setiap orang mempunyai 'primary' dan 'secondary' gaya sosial. Bagaimana pula gaya sosial mereka di sekeliling anda? Bagaimana pula kita mahu sesuaikan diri dengan mereka dari kategori berbeza? Jadi, caranya adalah seperti dalam gambar rajah di atas. Contohnya; apabila kita tahu majikan kita adalah 'driver', kita perlu jangkakan apa yang dia mahu dari kita, dan dari situ kita cuba menjadi seperti yang dia kehendaki.

Adakah kita nampak seperti pengampu jika berbuat sedemikian? Sebenarnya tidak. tapi kita mahu sesuaikan diri dalam pergaulan dengan individu terbabit. Adakah kita akan tetap stress kerana perlu santuni dan bertolak ansur dengan semua mereka di sekeliling kita? Sudah tentu tidak, kerana pada masa itu kita menjadi individu yang lebih ke hadapan kerana mampu memahami orang sekeliling kita. Kita mampu berinteraksi dalam bahasa semua orang. šŸ˜‰

~Semoga Bermanfaat~


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan