Donut Frozen; Rangup dan Lembut

By Huwaida - April 05, 2020

Dah macam-macam resepi saya cuba untuk buat donut. Resepi ni, suami dan anak-anak suka. Luar dia macam crunchy sikit (bukan macam kerepek tau), dalam dia lembut. Jadi, saya kongsikan kat sini untuk rujukan diri sendiri juga nanti.


Bahan-bahan:

1 sb gula pasir (saya guna gula stevia)
1 sb susu pekat 
2 sb yis serbuk
1/2 cawan air suam
1 biji telur
1 sb minyak jagung (jenama Daisy)
2 cawan tepung gandum (tambah kalau adunan lembut sangat)
Garam (jika perlu)

Cara-cara:
  1. Satukan gula pasir, susu pekat, air suam dan yis serbuk. Perap selama 30 minit.
  2. Bila sebatian tadi dah berbuih (frothing), campur garam (jika perlu), telur dan minyak jagung dan gaul sebatian dengan tepung gandum. Boleh juga gaul terus telur dan minyak jagung di dalam tepung.
  3. Adunan ni agak lembut, jadi akan melekat di tangan. Sapukan minyak di tangan supaya senang untuk dohkan. Selepas dohkan, biarkan 30 minit.
  4. Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk kecil doh dan terap doh untuk jadikan bentuk donut.
  5. Biarkan donut naik sedikit sebelum menggoreng. Kalau anda nak 'frozen'kan donut ni, pastikan anda goreng separuh masak.
Video di bawah adalah gambaran ringkas untuk penghasilan donut ini:


Tolong klik button 'subscribe' tau.

Apapun, kalau ada di antara anda yang perlukan suplemen, anda boleh hubungi nombor di bawah:




  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan