Panduan Menamakan Bayi

By Huwaida - Januari 26, 2018

Memilih nama bayi adalah perkara yang kadang-kadang membuatkan pasangan yang bakal menimang cahaya mata bingung terutamanya bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata yang pertama. Jadi, ada yang mengambil keputusan untuk menunggu sehingga kelahiran bayi sebelum membuat sebarang pilihan dan kata putus. Apapun kisahnya, sebagai Muslim, kita digalakkan untuk memberi nama bayi pada hari ketujuh.


Menurut Imam al-Mawardi, ada tiga cara memilih nama yang baik untuk anak iaitu:

1) Diambil dari nama orang-orang yang berpegang teguh pada agama Allah, seperti nama nabi, rasul serta orang-orang soleh. Nama yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2) Nama yang diberikan memiliki jumlah huruf yang sedikit, ringan di lidah, mudah diucapkan dan sedap didengar.

3) Nama yang diberikan memiliki makna yang baik dan sesuai dengan pemilik nama serta status sosialnya dalam masyarakat. 

Proses memilih nama untuk bayi adalah proses yang tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Hal ini kerana nama adalah doa dan akan memberi kesan untuk sepanjang kehidupan anak tersebut. Hadiahkanlah anak kita dengan nama yang terbaik. Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam memberi nama anak adalah:

1) Jauhi menggunakan nama yang khusus untuk Allah tanpa sebarang pengubahsuaian yang betul.

2) Elakkan menamakan anak dengan nama orang yang zalim kepada Allah SWT.

3) Jauhi menamakan anak sebagai hamba kepada selain dari Allah SWT.

4) Pertimbangkan untuk memilih nama yang menunjukkan jenis jantina yang jelas.

5) Jauhi memberikan nama hasil kombinasi sesuatu nama jika ia membawa makna yang tidak elok.

6) Jauhi nama-nama malaikat.

Semoga semua tip-tip di atas membantu pasangan yang sedang cuba untuk memilih nama anak mereka. 

Hadiahkanlah anak anda dengan nama yang baik dan yang akan menjadi doa yang baik juga untuknya menempuhi hidupnya di dunia ini. Pastikan tiada sesiapa pun yang memaksa anda untuk memberikan anak anda nama yang anda tidak suka.


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan