Berpagian di Kuala Kerteh

By Huwaida - Januari 06, 2018

Hari ini adalah hari kedua ibu dapat berpagian bersama keluarga kecil ibu di Kuala Kerteh. Apa yang bestnya di Kuala Kerteh? Kuala Kerteh adalah tempat di mana kita dapat menyaksikan dengan jelas kekuasaan Allah yang menghubungkan sungai dan laut tanpa sebarang kecelaruan.

Kita dapat melihat bagaimana air sungai mengalir mengikut arus bergerak ke arah laut. Kita dapat melihat bagaimana air laut ditolak angin dan seterusnya menghasilkan ombak ke arah pantai. SubhanaAllah. Kedua-duanya bergerak ke arah satu sama lain dengan harmoni. Air sungai tetap tawar. Air laut tetap masin.

Seronok dapat buat aktiviti pagi di sini. Riadah 30 minit dan seterusnya bersarapan dengan bekalan yang dibawa sambil ditemani angin yang menghembus dengan iramanya, cewah. 

Asmaa (7 bulan)
Sebenarnya ibu ada menonton satu video tentang cara-cara berjoging dengan betul. Video tu dihasilkan oleh seorang researcher dari Jepun. Cara joging yang ditunjukkan dapat membantu kita menurunkan berat badan tanpa memberi tekanan kepada tubuh. Jadi, apa lagi, ibu pun cuba la amalkan cara yang diajar tu.

Testimoni ibu, cara ni memang best dan tak membuatkan kita rasa serik nak joging. Badan memang berpeluh, tapi kita tak akan rasa penat sangat atau mengah sangat, dan tak kan rasa macam nak berputus asa dengan berjoging. Nanti, ibu kongsikan video tu diblog ni.

Setakat ni dulu untuk entry ni 😘. 

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan