Cara Menyelesaikan Masalah Keputihan Teruk dan Berbau

By Huwaida - Januari 18, 2018

Keputihan berlaku untuk membersihkan dan melindungi vagina wanita dari sebarang kerengsaan dan jangkitan. Namun, jika keputihan yang dialami terlalu banyak, berbau, berwarna dan menyebabkan kegatalan. Maka, ianya disebut sebagai masalah keputihan. Masalah keputihan sebegini perlulah diselesaikan secepat mungkin.

Hal ini kerana, masalah keputihan yang kronik bakal mengundang penyakit yang ditakuti oleh setiap kita. Di sini, mahu saya panjangkan perkongsian Puan Siti Noriza Saleh yang pulih dari masalah keputihan yang dialaminya semenjak bertahun-tahun dengan set kesihatan rahim Shaklee.



KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab-bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal.  Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal. 
Keputihan ni mulanya sedikit, tapi lama-lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi-jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih. 

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ-organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi Kak Ct makan ubat yang dos lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung. 

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut. 

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang Kak Ct hadapi. Lama lama, Kak Ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang Kak Ct ambil hari-hari. KITA ENJOYS!!!

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan mempunyai kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun Kak Ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opsss..
Jadi, bagi yang mengalami masalah yang sama atau mempunyai anak perempuan, saudara perempuan atau kenalan perempuan yang mengalami masalah yang sama, amat digalakkan untuk mencuba set kesihatan rahim Shaklee ini. Wasap saya di talian 01116019649 untuk sebarang pertanyaan atau anda boleh terus membeli di bahagian pesanan.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan