Berani Buat, Berani Tanggung

By Huwaida - Januari 17, 2018

Betapa terujanya I dengan tajuk entry ni, sampai buat pantun dua kerat tempek kat sini. Nah, berani buat, berani tanggung!


Sebenarnya, saya ni walaupun pengguna, ahli dan pengedar produk Shaklee, saya selalu juga usha-usha produk lain. Tambah-tambah produk untuk kuruskan badan. Sebab saya target, selepas bersalin ni, saya nak semula berat badan semasa 10 tahun yang lalu. Berat badan semasa jadi pelajar asasi UIAM 😆. Bukannya tak ada set kurus Shaklee, tapi saja nak cuba produk lain.

Jadi, saya berhenti dulu la makan vitamin Shaklee sekejap walaupun ada lagi stok kat rumah. Sebab nak tengok kesan produk baru cuba ni. Seronok juga makan produk ni, asyik membuang ja. Dalam sehari 3-4 kali juga la membuangnya. Akan tetapi, saya rasa sakit lutut. Kiranya bila nak solat tu sakit sangat. Sama ada nak bangun atau nak duduk, sama ja sakitnya. Waktu-waktu lain pun serupa tu jugak la sakitnya.

Mulanya ingat mungkin kesan daripada pergi jogging. Lepas tu, saja cuba tak makan dalam 2 hari macam tu, sakit lutut saya berkurang. Yeay! Seronok sangat. Masa tu saya tak syak lagi sakit lutut saya sebab apa? Pagi ni, makan lagi. Dan tahu apa yang berlaku, sakit lutut kembali!!! (bersorak girang). Tak tahu la nak sedih atau nak padan muka kat diri sendiri.

Jadinya, doakan saya dapat habiskan produk tu secepat mungkin dengan selamat. Saya ni jenis yang tak suka membazir. Rasa rugi la pula kalau tak habiskan. Itu ja nak luahkan kat sini, semoga Mr Hubby tak baca entry ni. Takut la pulak nak bagitau dia 😭. 

Allahu Yashfi~


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan