5 Punca Utama Gagal Kurus

By Huwaida - Januari 20, 2018

Bagi wanita terutamanya, azam untuk kuruskan badan menjadi azam tahunan. Ironinya, ada yang menjadikan ianya azam setiap tahun tanpa gagal. Yang gagal hanyalah menurunkan berat badan. Ada beberapa faktor utama yang menyebabkan kegagalan untuk menurunkan berat badan dan menjadi kurus.

Sebelum itu, harus diambil perhatian bahawa kita perlu mempunyai berai badan ideal adalah supaya kita dapat menjalani hidup dengan lebih sihat. Kesan positif lain pula sepatutnya menjadikan kita menjadi lebih bersemangat untuk kurus. Contoh kesan positif lain adalah seperti anda nampak lebih muda, mudah mencari saiz pakaian, dan dapat bergerak dan beraktiviti dengan lebih bebas.


5 punca utama kebanyakkan kita gagal kurus adalah:

1) Diet yang kurang bernutrisi

Pastikan anda tidak menipu dalam merancang diet anda. Kenapa saya kata menipu? Sebab ada yang berdiet dengan mengambil makanan rapu kerana berfikiran makanan berat akan menggemukkan. Anda salah. Kita perlu memenuhi diet kita mengikut piramid makanan. Jika badan mendapat nutrisi secukupnya, keupayaan sistem badan beroperasi adalah pada tahap optimum. 

2) Sukar mengikuti jadual diet

Tugas mendisiplinkan diri bukanlah tugas mudah. Selain itu, kita mudah terpengaruh dengan diet orang sekeliling kita. Rata-rata mereka yang berjaya mengikuti jadual diet adalah mereka yang mempunyai keazaman yang tinggi. Dan sebenarnya kita masih boleh berjaya jika kita pandai mengatur jadual dengan bijak. Tak semestinya anda mengikuti jadual diet ketat orang lain satu persatu. Anda sepatutnya mengubah jadual tersebut mengikut kesesuaian diri anda. Work smart.

3) Hasil yang lambat

Kadang-kadang kita memang termotivasi untuk menurunkan berat badan. Akan tetapi, sampai pada suatu masa, motivasi atau semangat tersebut pudar dek kerana hasilnya sangat lambat. Jangan berputus asa dahulu. Anda bakal rugi. Tanamkan dalam diri anda akan buat sampai jadi. Cuba cari semula semangat yang hilang itu atau bina semangat baru.

4) Kandungan produk sampingan yang diambil tidak selamat

Perbezaan yang paling ketara apabila menggunakan produk selamat dengan produk yang kurang selamat adalah; produk yang kurang selamat mungkin akan memberi kesan yang cepat, tetapi berat badan anda bakal kembali pada asal atau mungkin lebih teruk. Jadi berhati-hatilah. Selain itu, kita mahu kurus untuk sihat bukan untuk sakit selepasnya.

5) Diet yang merendahkan kadar metabolisma

Pada kebanyakan diet, anda akan kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisma badan. Hasilnya, apabila anda tidak meneruskan diet tersebut, anda tidak mampu membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Dan apa yang berlaku adalah berat badan akan bertambah berat (kesan yo-yo).

Kesimpulannya, menurunkan berat badan bukanlah mudah. Akan tetapi, ianya tidak mustahil. Hal ini kerana ramai yang dah berjaya mendapatkan berat badan impian. Kuncinya hanyalah 'work smart first before you work hard'.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan