Teruskan~

By Huwaida - November 10, 2010

Emm..baru je habiskan satu paper yang mendebarkan..
Alhamdullillah..

Sepanjang exam ni, memang kerisauan itu sentiasa ada. Tapi, bahagia itu tetap terpahat di hati dek memikirkan perasaan risau itulah menyebabkan diri ini sentiasa menitipkan doa dan menunujukkan betapa pengharapan kepada Allah itu sangat besar hitungannya.

"Ya Allah, hambaMu ini sangat lemah imannya, sangat jahil ilmunya, dan sangat pincang langkahnya. Maka, Kau bantulah hambaMu ini kerana hanya Kau tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang dan hanya Kaulah tuhan yang dapat menunaikan hajat setiap hambaMu.
Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku dan rakan-rakanku yang lain. Moga-moga rezeki dari kejayaan itu, sebahagiannya adalah milik kami. Ya Allah, bantulah kami dan permudahkanlah urusan kami kerna hanya Kau tuhan yang Maha Agung."

Emm..nak ambik 'mood' untuk teruskan usaha sebenarnya.
Moga-moga dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah..Ameen~

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan