Alhamdulillah…Baru selesai habiskan buku ‘Peperangan Rasulullah S.A.W.’ karya Hj. Ahmad Adnan Fadhil dan Hj. Riduan Mohd Nor. Walaupun tajuk buku ini agak berat, sebenarnya penulis-penulis telah cuba menghuraikan dengan mudah dan ringkas isi-isi buku ini. Jadi,buku ini boleh dikategorikan sebagai bahan bacaan yang ringan.
Terdapat tiga marhalah jihad dakwah di Mekah yang disebut dalam buku ini. (Dalam buku tu tulis 4 marhalah,tapi yang ke-4 tu tak diberitahu la pulak. Mungkin yang ke-4 itu di Madinah kowt.)
i Marhalah pertama
a. Kerahsiaan Dakwah bersama Kerahsiaan Tanzim
b. Bermula dari awal penurunan wahyu & berterusan selama 3 tahun
ii Marhalah kedua
a. Menjaharkan Dakwah dan Merahsiakan Tanzim
b. Bermula pada awal tahun ke-4 keNabian & berakhir selepas tahun sedih (tahun ke-10 keNabian)
iii Marhalah ketiga
a. Menjaharkan Dakwah dan Tanzim
b. Bermula selepas tahun sedih & berterusan sehingga Hijrah
Sengaja saya menyalin kembali apa yang tertulis dalam buku ini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bahkan untuk menyuluh kembali bahawa jihad dakwah itu memerlukan perancangan yang rapi dan teratur. Sepanjang hayat Baginda S.A.W. , Baginda telah memimpin sebanyak 28 Ghazwah dimana 9 daripadanya berlaku pertempuran dengan musuh manakala 19 lagi tidak berlaku pertembungan kerana musuh melarikan diri. Manakala jumlah Sariyah yang diutuskan 50 semuanya jika dicampur dengan Bi’sah hampir 60 kesemuanya. Jadi, Ghazwah + Sariyah + Bi’sah = telah mencapai angka 80 kali,hampir2 90. Buku ini juga telah membuat sinopsis untuk 82 jihad dakwah (tapi yang no.49 punya tercicir).
Jadi, jika satu peperangan itu telah melahirkan 10 orang syuhada’, rasanya semua dah boleh membayangkan sudah berapa banyak syuhada’ telah dilahirkan untuk dakwah Islamiah semasa zaman Rasulullah S.A.W. Kalu ditambah lagi zaman para sahabat, tabi’ dan tabi’ tabiin? Tidak ketinggalan pula pada zaman sekarang. MasyaAllah, adakah kita akan digolongkan dalam golongan ini.
Pada masa ini, sukarelawan Gaza sedang berjuang untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin. Ya Allah, aku tidak termasuk dalam golongan yang berlawan arus meredah lautan ke sana. Tapi,semua sukarelawan Islam itu adalah saudara-saudaraku, rakyat Islam di Palestin itu juga adalah saudara-saudaraku. Kau ampunilah dosaku Ya Allah dan terimalah doaku untuk mereka semua. Kau berilah kemudahan serta kejayaan kepada saudara-saudaraku itu. Laknatlah tentera Zionis itu, dan berilah pembalasan yang setimpal kepada mereka.Ameen Ya Rabb.
-17 Jamadil Akhir 1431H-
0 ulasan