~Napa plak ni?? Rasa camna tulis something kat sini tadi,tapi tak tau plak camna nak mula.~
Baru-baru ni, saya menghadiri satu kursus jenazah. Bukan setakat menghadiri, tapi group saya masa tu kena bentang tentang pengurusan jenazah. Sehari sebelum tu, kami semua dah mula wat 'preparation' untuk 'presentation' tu. Insaf rasanya bila ingatkan mati. Bila teringat yang mati tu sentiasa dekat ngan kita, kita akan tertanya, "Cukupka amal yang kita lakukan selama ni? Kalu dah ditolak, ditambah, dibahagi dan didarab pulak, camna agaknya keputusan dia?"
~Ya Allah, Sesungguhnya hambaMu ini hamba yang lemah. Kau rahmatilah aku, kasihanilah aku dan bantulah aku. Janganlah kau biarkan diriku sentiasa disibukkan dengan hal dunia sehinggakan aku melupakan destinasi sebenarku.~
Belakangan ini, langit uia tak memancarkan cahaya terik seperti sebelum ini. Kadang-kadang, ia seperti 'menangis sayu' dan ada kalanya ia seperti 'meraung'. SubhanaAllah, hebat ketentuan Allah. Andai alam ini sentiasa sama pada setiap hari, tentu jemu penduduknya. Maka, bolehlah kita simpulkan di sini yang sebenarnya setiap yang berlaku ke atas kita ada indahnya. Dimana indahnya? Sejauh mana keindahannya? Selama mana indahnya? Itu semua bergantung kepada kita sendiri.
Sabda Rasullullah(saw) yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan.
Bertitik tolak dari sini, setiap yang kita lakukan perlulah diniatkan kerana Allah atas asbab setiap yang kita akan niatkan itu pasti adalah yang indah. Tak pernah rasanya seorang pencuri yang ingin mencuri, berniat untuk mencuri kerana Allah. Jadi wahai hati-hati yang lalai(merujuk pada diri penulis terutamanya), pastikan setiap langkahmu dimulakan dengan niat kerana Allah supaya kita tak mudah tergelincir. Bilamana kita dapat mencari keindahan itu, lakukan yang terbaik untuk mencapai tahap keindahan yang tinggi dan istiqamahlah moga-moga keindahan itu sentiasa disisi.
~Ya Mujibus Sailin, Kau ampunilah dosaku, terimalah taubatku dan perkenankanlah hajatku untuk sentiasa berada dijalanmu; dimana hidupku dan matiku sentiasa diredhaiMu~
[Final exam dah pun start, moga-moga perasaan indahnya study tu dapat dirasai.Ameen...]
-7 RabiulAkhir 1431-
0 ulasan