Semasa kelas physio pagi tadi, hati ini berulang kali merintih, "Ya Allah, biarlah hati ini redha dengan setiap ketentuanMu". Ternyata jiwa ini tak begitu terusik dengan panahan ujianMu. Syukur Ya Allah.
Berbintang rasanya diri ini lalai kepadaMu. Diri ini sering melakukan maksiat kepadaMu. Tapi rahmatMu seakan mengombak datang tak pernah terhenti. Sesungguhnya ramai dikalangan kami yang dapat menghidu mesejMu, tapi hanya sebilangan sahaja yang mampu membalas dengan jawapan yang sebaiknya. Ya Allah, aku mohon kepadaMu moga-moga aku dan sahabatku mampu menghantar jawapan yang sesuai dengan kehendakMu.
Ya Allah, berilah kami kekuatan supaya kami mampu menghadapi situasi ketika ini. Sesungguhnya, hanya dengan kehendakMu jualah, kami mampu berbuat sesuatu.
Ameen, Ya Raab~
0 ulasan