Kandungan GLA Complex Shaklee

By Huwaida - Oktober 19, 2017

Terdapat tiga bahan aktif  dalam GLA Complex Shaklee:

1. Gamma Linolenic Acid (GLA) 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sebahagian daripada keluarga asid lemak omega-6. GLA boleh didapati dalam evening primrose oil, blackcurrant oil dan juga borage oil.

Biasa dengar tentang EPO? Ala, suplemen yang selalu diambil kaum wanita tu. Bahan aktif dalam EPO adalah GLA. GLA akan diproses tubuh untuk menghasilkan bahan bertindak seperti hormon prostaglandin yang dapat membantu badan untuk mengatur banyak proses normal tubuh.

Perlu anda tahu GLA Shaklee berasal dari minyak borage bukan EPO. Kenapa Shaklee memilih GLA daripada minyak borage? Ini kerana paras GLA di dalam minyak borage adalah sebanyak 25% berbanding hanya 10% daripada EPO. Kelikatan GLA telah terbukti dapat membantu masalah kesihatan berkaitan kewanitaan.


GLA dapat mengawal paras hormon estrogen dan testosteron (aik hormon lelaki tu) untuk mengawal atur kitaran haid, meningkatkan kesuburan, dan melegakan PMS dan menopus simptom. GLA juga dapat memperlahankan proses penuaan.

GLA juga mampu untuk mengurangkan kebas urat saraf dan melegakan simptom akibat artritis rheumatoid. Selain menjadikan kulit lebih cantik dan merawat masalah kulit yang lain, GLA juga dapat menguatkan kuku dan rambut, dan mengelakkan masalah jantung dengan menghalang pembekuan darah dalam salur darah.

Kaum lelaki juga boleh mengambil suplemen ini untuk memperbaiki prostatomegaly (masalah prostat lelaki dan kerap kencing). Suplemen ini juga boleh diambil oleh kanak-kanak yang mempunyai ADHD (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder).

2. Vitamin E
Sebagai antioksida, vitamin E dapat menguatkan imuniti tubuh. Vitamin E juga dapat menjaga keanjalan kulit, mengurangkan kedutan wajah, mengurangkan kesan parut, melambatkan proses penuaan dan menyihatkan rambut.

3. Minyak Biji Bunga Matahari
Minyak biji bunga matahari pula adalah sumber lain bagi asid lemak omega-6. Antara fungsi minyak biji bunga matahari adalah memelihara kesihatan jantung, mengawal kolesterol, meningkatkan imuniti tubuh, memberi tenaga, melindungi dan melembapkan kulit.

Bayangkan apabila ketiga-tiga bahan aktif ini bergabung. Mesti banyak manfaat yang dapat diperolehi.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan