Kalsium diperlukan tubuh semenjak kita di dalam kandungan sehinggalah dewasa. Tetapi, kandungan kalsium dalam tubuh akan menurun seiring pertambahan usia. Bagi yang berusia 20 tahun kandungan kalsium akan berkurang sebanyak 1% setiap tahunnya. Bagi yang berusia 20-50 tahun, kalsium akan berkurang hingga mencapai 30%. Sedangkan untuk orang yang berusia 50-70 tahun, kalsium akan berkurang hingga mencapai 70%.
Antara manfaat kalsium kepada tubuh:
Tubuh badan tidak menghasilkan sendiri Kalsium, jadi kita perlu dapatkan dari pemakanan seharian kita. Kalsium bukan sahaja boleh didapati dari produk tenusu seperti susu dan keju. Antara bahan lain ialah:
🌿Sayuran hijau seperti sawi dan brokoli
🌰Kekacang seperti kacang almond dan kacang putih
🍞Makanan yang terhasil dari gandum seperti roti
🐟Makanan dari laut seperti ikan sardin dan ikan salmon
🍖Daging
🍳Telur
🍇Buah-buahan seperti betik, kismis, nangka dan salak.
Walaupun begitu, KALSIUM SAJA TIDAK CUKUP!!!
Tubuh perlukan vitamin D dan magnesium untuk menyerap kalsium. Magnesium akan menukar vitamin D kepada bentuk aktif sehingga dapat membantu penyerapan kalsium. RDA (Recommended Dietary Allowance) harian untuk vitamin D adalah 600 iu(15mikrogram) untuk kebanyakkan orang dewasa. Manakala RDA harian untuk magnesium adalah 310-400mg (paling kurang 100mg/hari).
Kita boleh dapatkan vitamin D dari makanan seperti kuning telur, salmon atau boleh berjemur di bawah sinaran matahari (hihi). Manakala magnesium boleh didapati dari coklat, avocado, kekacang, pisang, sayuran hijau dan banyak lagi.
Jadi, kalau kita lihat kembali, kebanyakkan makanan yang mengandungi kalsium memang akan mengandungi vitamin D dan magnesium. SubhanaAllah, Allah tak pernah ciptakan sesuatu secara sia-sia.
Jadi, jika anda mencari suplemen kalsium, mestilah yang mengandungi vitamin D dan juga magnesium. Suplemen apa yang mengandungi ketiga-tiga bahan ini? Ya, betul.
Osteomatrix Shaklee 👇 mengandungi ketiga-tiga bahan ini.
0 ulasan