Ada di kalangan kita yang berbisnes disebabkan datang dari kalangan keluarga yang sememangnya mempunyai latar belakang bidang ini. Tak kurang ada juga di kalangan kita yang memang meminati bidang ini. Namun, tak dapat dinafikan, ada juga yang berbisnes dengan menanam sendiri minat berbisnes tersebut.
Jadi, bagi yang ingin memulakan bisnes, saya ingin kongsikan beberapa langkah untuk berbisnes dengan jayanya hasil daripada sesi perkongsian yang saya pernah hadiri.
Jadi, seperti yang di atas, niat itu sangat penting dalam melakukan sebarang pekerjaan. Kerana niat yang betul akan memandu kita ke jalan yang betul. Niatlah kerana Allah dan untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. Dan niatkanlah juga untuk memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.
Ilmu juga sangat penting untuk memastikan apa yang dilakukan dipandu dengan baik supaya tidak 'melanggar dinding'. Seterusnya kita perlulah fokus kepada strategi dan target yang sudah kita letakkan supaya kita tidak terkeliru dengan apa yang kita mahu lakukan.
Untuk menjaga momentum atau semangat berbisnes, sentiasalah berada dalam lingkungan yang positif. Hal ini adalah kerana, dalam perniagaan ada pasang surutnya. Selain itu, menjadi peniaga yang bersistemik akan menjadikan urusan yang dilakukan teratur dan membolehkan kita merancang dengan tepat struktur, dan perancangan bisnes kita seterusnya.
Doa bukanlah langkah terakhir semasa mahu berbisnes, malah ianya adalah perkara yang perlu dilakukan sepanjang proses berbisnes, hatta sebelum mengambil keputusan untuk berbisnes lagi.
Setakat ini dulu saya kongsikan serba sedikit langkah untuk berbisnes. Semoga bermanfaat.
0 ulasan