Nutrisi Untuk Diabetes

By Huwaida - November 15, 2018

Penyakit kencing manis atau diabetes melitus adalah penyakit yang global pada masa kini. Malangnya tak ramai yang tahu yang mereka adalah penghidap diabetes. Kebanyakan pesakit hanya akan mengetahui keadaan mereka apabila wujud simptom tertentu atau selepas membuat pemeriksaan rutin. Dikatakan 1 daripada 5 orang di Malaysia mempunyai risiko untuk terkena penyakit kencing manis.

Analogi insulin sebagai kunci yang membuka mangga (glucose channel)

Secara ringkasnya, penyakit kencing manis berlaku akibat daripada kandungan gula (glukosa) di dalam darah yang tinggi. Ianya mungkin disebabkan oleh kuantiti insulin yang kurang atau insulin yang ada tidak berfungsi dengan baik. Kita boleh anologikan tindak balas insulin ini seperti mangga dan kunci. Andaikan insulin itu seperti kunci. 

Jadi, insulin sangat diperlukan untuk membuka mangga supaya sistem badan dapat menukarkan gula kepada tenaga. Berbeza dengan penghidap kencing manis, kunci seperti terlalu sedikit atau tiada, atau kunci yang ada tidak mampu berfungsi. Jika kunci tidak dapat membuka  mangga, maka gula dalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga atau disimpan dalam hati.

Julat Normal Gula dalam Darah

Julat normal gula dalam darah berbeza mengikut situasi:
a) Berpuasa : 4.4-6 mmol/L
b) 2 jam selepas makan : 4.4-8 mmol/L


Punca Kencing Manis

Antara punca individu menjadi penghidap kencing manis:


1) Keturunan - ada sejarah keluarga penghidap kencing manis, contohnya: mengikut kajian kaum india selalunya lebih berisiko.

2) Masalah berkaitan hormon - penghidap kencing manis berkemungkinan adalah dari golongan pesakit thyroid atau wanita yang telah menopaus.

3) Pemakanan yang tidak sihat

4) Selepas pembedahan - biasanya pembedahan yang melibatkan pankreas.

5) Pengambilan ubat-ubatan - contohnya individu yang mengamal pengambilan steroid atau suplemen yang mengandungi steroid dalam jangka masa yang lama.

6) Obesiti

7) Penuaan - penuaan menyebabkan pengumpulan protein AGE yang membawa kepada komplikasi diabetes dan kematian sel.


Jenis Penghidap Diabetes

Secara umumnya, terdapat 3 jenis golongan penghidap diabetes:



  • Diabetes kelas I: 

Diabetes kelas I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama ini mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. 



Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa dalam darah.

  • Diabetes kelas II: 

Diabetes yang boleh disebabkan oleh penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Biasanya, penghidap diabetes jenis ini dari kalangan dewasa. 



Oleh sebab penghidap masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, ia boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan serius kepada pesakit).

  • Diabetes Gestasi: 

Diabetes yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes kelas II disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. 



Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi. Diabetes jenis ini berlaku akibat perubahan hormon dan dikatakan penghidap berisiko untuk mempunyai kencing manis semasa usia lanjut.

Simptom Diabetes (Kencing Manis)





Adalah sangat penting untuk mengetahui simptom kencing manis supaya kita lebih berhati-hati. Kencing manis yang tak terkawal, boleh menyebabkan strok, sakit jantung, kerosakan buah pinggang, buta, gangren (salur darah rosak > darah tak mengalir seperti sepatutnya > anggota kena potong). 

Contohnya, jika kencing manis sudah membawa kepada kerosakan buah pinggang, kos perubatan menjadi bertambah banyak. Bayangkan jika kos dialisis mencecah RM200 untuk satu sesi, RM600 seminggu, kalau sebulan pasti lebih kurang RM2400. Kos yang mungkin telah mencecah lebih kurang separuh daripada gaji individu tertentu. Jadi, adalah lebih bagus jika kita menyedari dengan lebih awal samaada kita adalah penghidap kencing manis. Namun, mencegah adalah lebih baik.

Cara Kawal Kencing Manis

1) Pastikan bacaan gula, tekanan darah dan kolesterol dalam julat normal
2) Melakukan senaman 30 minit sebanyak 5 kali seminggu kerana senaman mengurangkan 58% risiko diabetis 
3) Pastikan berada dalam BMI yang normal
4) Jaga pemakanan

Nutrisi untuk Diabetes

Keperluan pemakanan setiap orang berbeza. Dalam kalangan penghidap diabetes sendiri, tak boleh pukul rata bagi setiap individu mereka kerana ianya bergantung kepada cara atau rutin hidup setiap mereka. 

Ada penghidap kencing manis dan dalam masa yang sama merupakan seorang pekerja berat seperti pekerja buruh atau tukang cuci. Mereka ini mempunyai keperluan pemakanan yang lebih banyak berbanding mereka yang hanya berehat dan melakukan kerja ringan di rumah.


Terdapat dua jenis nutrisi iaitu makronutrien (nutrisi penting) dan mikronutrien (nutrisi tambahan) yang biasanya diambil oleh kebanyakan kita. Makronutrien adalah makanan yang memberikan kita tenaga manakala mikronutrien adalah makanan yang tidak memberikan tenaga secara langsung kepada kita namun penting untuk melancarkan  proses tubuh. 

Makronutrien adalah seperti karbohidrat, protein dan lemak. Manakala, mikronutrien adalah mineral seperti natrium dan iodin, atau vitamin seperti vitamin C dan vitamin B-kompleks.


1) Karbohidrat


Pengambilan karbohidrat juga penting untuk penghidap kencing manis. Akan tetapi, pengambilannya perlulah dikawal. Adalah penting untuk memeriksa indeks glisemik (indeks yang merujuk kepada perlepasan gula dalam darah) setiap makanan yang diambil. 

Makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah dapat memperbaiki kadar kolesterol bagi mereka yang obesiti dan seterusnya membantu mengurangkan berat badan. Hal ini kerana, makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah membuatkan kita merasa kenyang lebih lama dan kurang berasa lapar.



Berdasarkan rajah di atas, kacang soya sememangnya mempunyai indeks glisemik rendah. Kerana itulah ESP dari Shaklee sangat sesuai diambil untuk mereka yang mempunyai diabetis. Tambahan lagi, ESP dari Shaklee merupakan 'non-GMO' produk. 

Bagi penghidap kencing manis, adalah sangat digalakkan untuk tidak mengambil GMO produk kerana GMO produk boleh menyebabkan gula dalam badan penghidap kencing manis menjadi tidak terkawal.


Bagi penghidap kencing manis, kuantiti pengambilan lemak dan karbohidrat yang disarankan adalah dalam angka 60-70% daripada keperluan harian mereka. Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa mereka perlu mengurangkan lemak tepu dalam hidangan mereka iaitu kurang daripada 200 mg sehari.

2) Lemak


Biasakan untuk mengambil lemak yang bagus untuk kesihatan jantung, contohnya seperti asid lemak omega-3,  dan mengambil kolesterol dari tumbuhan contohnya soya. Hal ini kerana lemak tumbuhan mengandungi sterol yang dapat mengurangkan penyerapan lemak dalam usus. 

Apabila penyerapan lemak di usus berkurang, penyerapan lemak akan berkurang dalam darah dan seterusnya kuantiti lemak tepu dalam badan juga akan berkurang.


3) Protein


Pengambilan protein adalah sangat sesuai untuk membaiki dan membina tisu organ dalam sistem badan. Dicadangkan pengambilan sebanyak 15% protein dari keperluan tenaga harian. Selalunya protein sangat digalakkan untuk penghidap kencing manis melainkan jika mereka mempunyai masalah buah pinggang. Hal ini kerana pengambilan protein yang tinggi boleh mengurangkan kadar gula dalam badan.

4) Kromium



Adalah digalakkan untuk penghidap kencing manis untuk lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan tidak salah memilih diet. Pengambilan mikronutrien yang tidak mencukupi contohnya seperti kromium tidak dapat membantu insulin untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. 

Antara makanan tinggi kromium adalah seperti brokoli, anggur dan oren. Akan tetapi, pengambilan jus buah adalah tidak digalakkan untuk penghidap kencing manis kerana terdapat gula ringkas di dalam jus yang akan mempercepatkan kenaikan gula dalam darah. 

5) Antioksidan


Sistem tubuh penghidap kencing manis mudah terdedah kepada 'oxidative stress'. 'Oxidative stress' dapat berpunca daripada pengambilan makanan proses dan juga dari pencemaran. 'Oxidative stress' akan menyebabkan pembebasan radikal bebas yang akan mengganggu kadar gula dalam darah. 

Jadi, untuk mengelakkan pembentukan radikal bebas yang berlebihan, sumber makanan yang tinggi antioksidan adalah digalakkan kepada penghidap kencing manis. Antara sumber antioksidan adalah dari buah beri dan teh hijau. 


Vivix juga adalah sumber antioksidan yang sangat baik kerana terdapat juga gabungan  polifenol dan resveratrol. Polifenol mampu menghalang pembentukan protein AGE yang teruk. Protein AGE boleh menyebabkan kadar gula dan protein yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan atherosclerotic (pembentukan plak dalam salur darah) yang boleh menyebabkan kematian sel. 


 


6) Gamma-linolenic Acid

Antara simptom orang kencing manis adalah kebas-kebas pada hujung jari tangan atau kaki. Jadi, adalah digalakkan untuk ambil makanan yang bersifat anti radang seperti gamma-linolenic acid  (GLA). GLA mampu kurangkan rasa sakit kebas. 

Tambahan pula, GLA Shaklee adalah antara pilihan terbaik sebab mengandungi borage oil yang kandungan GLAnya adalah antara 20-27% berbanding EPO (GLA 7-14%).


7) Vitamin B

Penghidap kencing manis juga mempunyai masalah saraf. Jadi, pengambilan vitamin B6 dan B1 menyokong pembentukan saraf yang kuat. Ada yang berpendapat B-kompleks akan menambahkan lagi selera makan. 

Akan tetapi, selera makan setiap orang sebenarnya akan sentiasa ada sehinggalah keperluan badan masing-masing mencukupi. Jadi, antara cara untuk membendung selera makan adalah mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit, akan tetapi lebih kerap supaya berat badan tidak naik secara mendadak. 

Bagi penghidap kencing manis yang makan tak banyak, selalu bersenam, tapi kadar gula tetap naik disebabkan 'stress' atau tekanan, boleh mengambil B-kompleks sebagai penyelamat. 

8) Vitamin C

Gula yang berlebihan dalam darah akan menyerang salur darah yang halus seperti di hujung jari tangan serta kaki, mata dan buah pinggang. Salur darah yang tersekat boleh menyebabkan kematian sel badan. Pengambilan vitamin C dapat mengurangkan pengumpulan gula dalam salur darah.

9) Nutrisi yang 'boost up' imunisasi


Penghidap kencing manis juga mempunyai tahap imunisasi yang lemah. Jika berlaku 'outbreak' seperti tuberculosis (TB) atau influenza, penghidap kencing manis lebih berisiko untuk dijangkiti. 

Jadi, penghidap kencing manis boleh merangsang imunisasi dengan pengambilan nutriferon. Nutriferon mengandungi bahan untuk merangsang imunisasi badan supaya daya tahan badan dapat berfungsi dengan lebih baik.

10) Kalsium

Kebanyakan penghidap kencing manis adalah dalam kalangan mereka yang berusia. Akan tetapi mereka sukar untuk mengambil susu dalam diet harian, padahal kalsium membantu dalam metabolisme gula. 

Suplemen Shaklee yang sesuai dengan mereka seperti ini adalah ostematrix. Ostematrix adalah suplemen kalsium yang mengandungi vitamin D, magnesium dan boron. Di mana kandungan dalam ostematrix ini sangat membantu penyerapan kalsium yang optimum dalam tubuh.


Apapun, adalah dinasihatkan untuk penghidap kencing manis supaya biasakan dengan tabiat memakan makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Kalau sekali makan, makan dengan kuantiti yang banyak, gula akan cepat naik. Kebanyakan ubat atau suplemen yang mempunyai pengesahan KKM tidak dapat rosakkan buah pinggang dengan mudah.  Akan tetapi kadar gula yang tak terkawal dalam darah lebih berisiko untuk merosakkan buah pinggang.

Link untuk FAQ tentang penghidap kencing manis di SINI.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan