Antara perkara yang perlu ditangani dengan bijak dalam kehidupan adalah pengurusan kewangan. Ekonomi yang stabil sangat menyumbang kepada kebahagiaan kita. Bukan nak ber'mata duitan' tau. Tapi, dengan duit, perbelanjaan harian kita tidak terganggu, kita boleh bersedekah, kita boleh membayar zakat dan membuat perkara lain yang boleh menyumbang kepada pembangunan ummah.
Kita akan merasa bahagia jika boleh membuat orang lain bahagia. Lagi banyak kita mampu memberi, lagi banyak Allah akan balas kepada kita. Sama ada balasannya di dunia atau di akhirat kelak, Allah pasti akan membalas kebaikan kita. Jadi adalah sangat penting untuk kita tahu cara untuk urus kewangan dengan bijak.
Tabung dalam 6 jar adalah:
1) NEC (necessity) - tabung ini diasingkan untuk perbelanjaan keperluan seperti belanja harian, bil, dan anak-anak.
2) EDU (education) - tabung ini untuk pembelajaran, sama ada untuk membeli buku, atau kelas.
3) LTSS (long term saving for spending) - tabung ni sesuai diperuntukkan untuk sesuatu benda yang memerlukan jumlah wang yang banyak. Contohnya, mahu membeli rumah, pergi menunaikan haji atau sebagainya.
4) FFA (financial freedom) - tabungan ini adalah untuk hari tua kelak apabila kita sudah tidak mampu untuk menjana pendapatan.
5) PLAY (leisure) - tabung ini dikhaskan untuk membolehkan kita membuat sesuatu yang kita suka. Misalnya untuk hobi, travel, etc
6) GIVE (charity) - tabung ini diperuntukkan untuk kita membuat amal kebajikan. Adalah lebih baik untuk asingkan bahagian ini dengan yang lain supaya kita lebih mudah membuat amal kebajikan.
Dan adalah lebih baik jika menambah lagi satu tabungan iaitu,
7) PARENTS (ibu bapa) - tabungan ini khas untuk wang bulanan buat ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa sudah meninggal dunia, kita masih boleh gunakan duit tabungan ini untuk urusan-urusan mereka yang belum selesai. Kalaupun semuanya sudah selesai, bersedekahlah bagi pihak mereka.
Jadi, kalau bonus/gaji RM10 000,
Bagi pengedar Shaklee, sekalipun bonus yang kami dapat pada bulan tersebut hanyalah RM50, kami disuruh untuk konsisten melakukan 7 tabungan ini. Biarlah tabungan kepada mak ayah hanyalah 50 sen je, tapi, kena ingat, takde 50 sen kat tangan, lagi mustahil nak ada RM5000. Haaaaa, fikir untuk jangka masa panjang tau. Lagipun doa ibu bapa sangat penting untuk keberkatan hidup kita. Jadi, berusahalah untuk menjadi anak yang berjasa.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat š.
Buat Konsep 7 Jar
7 jar adalah adaptasi dari konsep 6 jar yg diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung. Jadi, dalam 6 jar akan ada 6 tabung.Tabung dalam 6 jar adalah:
1) NEC (necessity) - tabung ini diasingkan untuk perbelanjaan keperluan seperti belanja harian, bil, dan anak-anak.
2) EDU (education) - tabung ini untuk pembelajaran, sama ada untuk membeli buku, atau kelas.
3) LTSS (long term saving for spending) - tabung ni sesuai diperuntukkan untuk sesuatu benda yang memerlukan jumlah wang yang banyak. Contohnya, mahu membeli rumah, pergi menunaikan haji atau sebagainya.
4) FFA (financial freedom) - tabungan ini adalah untuk hari tua kelak apabila kita sudah tidak mampu untuk menjana pendapatan.
5) PLAY (leisure) - tabung ini dikhaskan untuk membolehkan kita membuat sesuatu yang kita suka. Misalnya untuk hobi, travel, etc
6) GIVE (charity) - tabung ini diperuntukkan untuk kita membuat amal kebajikan. Adalah lebih baik untuk asingkan bahagian ini dengan yang lain supaya kita lebih mudah membuat amal kebajikan.
Dan adalah lebih baik jika menambah lagi satu tabungan iaitu,
7) PARENTS (ibu bapa) - tabungan ini khas untuk wang bulanan buat ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa sudah meninggal dunia, kita masih boleh gunakan duit tabungan ini untuk urusan-urusan mereka yang belum selesai. Kalaupun semuanya sudah selesai, bersedekahlah bagi pihak mereka.
Cara Mudah Asingkan 7 Jar
Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut peratusan seperti di bawah:- NEC 50%
- EDU 5%
- LTSS 10%
- FFA 5%
- PLAY 10%
- GIVE 10%
- PARENTS 10%
Jadi, kalau bonus/gaji RM10 000,
- RM5000 untuk NEC, keperluan harian
- RM500 untuk EDU, buat beli buku, kelas, etc
- RM1000 untuk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
- RM500 untuk FFA, untuk hari tua
- RM1000 untuk PLAY, tabung travel contohnya
- RM1000 untuk GIVE, sedekah, zakat, etc
- RM1000 untuk PARENTS.

0 ulasan